Update Tetiba...

By Mizz Coki - April 10, 2013

Malas nak mention ke-busy-an sekarang ni.  Balik keja, singgah sekolah Gabby, balik singgah dinner, pastu sampai kat rumah dah pukul 7:30 malam.  

Mandi, pastu bermulalah tugas kedua iaitu mem-packing barangan dagangan.  Aku akan bukak bill/resit, pastu pas kat hubby.  Dia di bahagian Operasi so kerja dia bank in/withdraw duit, packing dan hantar/deliver ke poslaju dan rumah/ofis pelanggan.  Itulah kerja dia sekarang, SEPENUH MASA!  Aku?  Melayan Whatsapp/sms, amik order, tulis resit, marketing, advertising tu semua aku sapu.  

Siang, aku kat ofis buat keja untuk negara dan masyarakat.  Dia pulak pagi-pagi hantar aku pegi ofis, pastu ke bank (ATM), pastu Pos Laju, pastu deliver order customers.  Pukul 10-11 pagi keja dah siap, dia hantar Gabby pergi skolah.  Lepas tu barulah bukak laptop dan tengok2 apa yang patut.  Lepas lunch, rehat kejap, amik power nap sepam dua.  Pukul 4:30 petang dah gerak amik aku kat sini.  Pastu sama-sama pegi skolah Gabby.  The rest are history yang larut hingga ke jam 1 pagi.

Penat tak payah cakap.  Sama-sama penat... namun penat itu terjawab bila hujung bulan, collection dan untung bersih dapat cover gaji dua bulan.  Terima kasih Tuhan, atas kurniaan-Mu dan rezeki ini. +_+

Berbaloi jugak berhenti kerja dan buat kerja kesukaan diri sendiri tanpa paksa.

Aku?

Tengok2 ler nanti.. bila aku dah bosan dok melangut kat ofis dan merajuk setiap kali April tiba, ..... last year, orang enjoy pergi Secretaries Week, aku pulak berhempas pulas dengan otak mereng pergi Bengkel Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.  Tahun ini pun sama, adakah nak hantar aku pergi Bengkel AKRAB ke apa tah yang suruh kita jadi Kaunselor.  Macam taik! Asal April memang kena kuatkan iman betul.  Orang dapat tengok artis, dapat laptop, iPad free, seminar/konferens kat hotel, kita pulak asik asik dpt jawapan sama.  takde bajet.  

So?  Tengoklah, aku dapat rasakan borang permohonan Cuti Tanpa Gaji dah meraung-raung memanggil nama aku sejak 1 April!

INI KALI LAH!
xoxo, 
Mizz Coki

***********************************************

Harga : RM25 (WM) |  RM27 (S/S)
Jom lah beli lipstik collagen D'Herbs ini.  Lipstik magic ni tau?


Warna transparent, takde warna.  Akan tetapi bila disapu kat bibir dia berubah ikut warna darah kita.  Produk top selling ni tau! Whatsapp je saya kat nombor yang tertera tu.
Thanks.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan