Eksotik dan Enak ~ Lets Ulat Sagu Together!

By Mizz Coki - April 18, 2013


Terjumpa gambo ni dalam hp.   Ulat Sagu @ Ulat Mulong @ Ulat Rumbia ni makanan khas orang Sarawak ni.  Macam orang Melanau derang ratah ni dengan sagu mentah-mentah.  Sumber terbaik protein ni tau. Haha.

Dulu aku geli sesangat nak makan ni.  Kesian tengok ulat-ulat ni meliuk-liuk dalam kuali panas bila dimasak (kejam!).  Mendiang nenek dulu selalu masak ni, masak kicap camtu.  Pastu dia mesti cakap, "amiklah cu... try sikit. " Aku pun pepura lah pegi amik ulat ni, mana de!  Aku amik dia punya kuah kicap jek.  Haha.  

Rasa dia? Kalau mentah aku tak nah try lagi tapi kalau masak tu, rasa dia kenyal-kenyal dan berlemak (berminyak) sikit.  Sedap ditumis garing-garing pastu kasi kicap sikit.  Marvellous!



Tolak batu dan kayu je!
xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan