Percayalah.
Ini memang ringtone kesukaan aku sekarang ini. Tiap-tiap hari dengar kat radio. Last-last bukak Tubemate terus download (cetak rompak!) dan jadikla ringtone.
Sesapa ada android phone, memang bestlah boleh sukatimakbapak nak download mende-mende free. Kalau iPhone mintak mahaplah, semua kena beli, nak lagu klik iTunes. Adik ipar aku dah tobat tak nak guna iPhone lagi. Skrin kecik, pastu sumer nak duit duit duit last2 bil henpon dia melambung naik. Kaki download ler katakan.
Anyway, sesapa ada android, nak download Tubemate, meh ler download KAT SINI. Korang bukak je video atau movie kesukaan korang, nak download movie boleh, nak convert kan video music jadik ringtone terus pun boleh, dalam format MP3 ye. Barang free memang sedap bhai!
Fresher..fresher..uhm uhm uhm!
xoxo,
Mizz Coki
Suami mana tak bangga kalau isteri cantik. Nak nak wajah dan badan persis Lisa Surihani ke, Erra Fazira ke, Fasha Sandha ke.... suami mana tak bangga tayang bini sampai orang kiri kanan kepala berpusing 180 darjah.
Ni kalau dah tahu isteri kamu katik dan bonsai,
Selulit peha nampak,
Cutting badan macam Rosmah Mansor,
Pakai skirt mini sampai nampak garisan dan warna seluar dalam
Itu menjaja bini namanya
Pastu duduk pun rapat-rapat, ala-ala romantik,
Udahla tua ganyut, sekor-sekor rambut dah tumbuh uban lite lite.
Bercakap pun bukan main berbisik-bisik kat telinga
Macam budak Tingkatan 3 baru nak belajar bercinta!
Sangat buruk view itu.
"Sudah-sudahlah tu.. sejuk kang Nasik Lemak tu... sebook je tengok orang".....
eh eh.. OK , dah dah.. Laki ku dah tegur tu. huhu...
xoxo,
Mizz Coki
Terjumpa gambo ni dalam hp. Ulat Sagu @ Ulat Mulong @ Ulat Rumbia ni makanan khas orang Sarawak ni. Macam orang Melanau derang ratah ni dengan sagu mentah-mentah. Sumber terbaik protein ni tau. Haha.
Dulu aku geli sesangat nak makan ni. Kesian tengok ulat-ulat ni meliuk-liuk dalam kuali panas bila dimasak (kejam!). Mendiang nenek dulu selalu masak ni, masak kicap camtu. Pastu dia mesti cakap, "amiklah cu... try sikit. " Aku pun pepura lah pegi amik ulat ni, mana de! Aku amik dia punya kuah kicap jek. Haha.
Rasa dia? Kalau mentah aku tak nah try lagi tapi kalau masak tu, rasa dia kenyal-kenyal dan berlemak (berminyak) sikit. Sedap ditumis garing-garing pastu kasi kicap sikit. Marvellous!
Tolak batu dan kayu je!
xoxo,
Mizz Coki
Malam sebelumnya.
Bukak bil, pack barang nak hantar ke PosLaju. Pastu mandi dan urut kaki kejap. Sambung lagi edit gambar untuk FB dan blog. Eh eh, bukan gambar camwhoring tapi gambar barang-barang jualan. Terlalu asyik edit gambar sedar-sedar dah pukul 2 pagi.
Pagi besoknya.
*suara suami suruh bangkit tido*
"AAAARRGGGHHHHHHHHHHHHHH. HUHUHUHU.."
Dah separa menangis time bila tengok jam kat dinding, 7:55 pagi. Apa lagi, merengek-rengek nak menangis dah, amik hp terus call ofis, suruh member cover amik minit mesyuarat pagi ni. Adoi.. giler la kalau macam ni selalu.
...... sekarang ni pun tgh update blog yang agak terabai kebelakangan ini. Sesambil tu dengar Mister Jam 12 kat YouTube. ... eeeii seram!
xoxo,
Mizz Coki
Ini keja bodoh. Amik gambo spender letak dalam Facebook. Aku rasa manusia yang buat ni memang tak pakai seluar dalam. Aku doakan semoga kepala ayam ko kena zip seluar. Bodoh!!
*Saudara jadi SAURADA. Bodoh tak??
...... Hampeh.
xoxo,
Mizz Coki
Malas nak mention ke-busy-an sekarang ni. Balik keja, singgah sekolah Gabby, balik singgah dinner, pastu sampai kat rumah dah pukul 7:30 malam.
Mandi, pastu bermulalah tugas kedua iaitu mem-packing barangan dagangan. Aku akan bukak bill/resit, pastu pas kat hubby. Dia di bahagian Operasi so kerja dia bank in/withdraw duit, packing dan hantar/deliver ke poslaju dan rumah/ofis pelanggan. Itulah kerja dia sekarang, SEPENUH MASA! Aku? Melayan Whatsapp/sms, amik order, tulis resit, marketing, advertising tu semua aku sapu.
Siang, aku kat ofis buat keja untuk negara dan masyarakat. Dia pulak pagi-pagi hantar aku pegi ofis, pastu ke bank (ATM), pastu Pos Laju, pastu deliver order customers. Pukul 10-11 pagi keja dah siap, dia hantar Gabby pergi skolah. Lepas tu barulah bukak laptop dan tengok2 apa yang patut. Lepas lunch, rehat kejap, amik power nap sepam dua. Pukul 4:30 petang dah gerak amik aku kat sini. Pastu sama-sama pegi skolah Gabby. The rest are history yang larut hingga ke jam 1 pagi.
Penat tak payah cakap. Sama-sama penat... namun penat itu terjawab bila hujung bulan, collection dan untung bersih dapat cover gaji dua bulan. Terima kasih Tuhan, atas kurniaan-Mu dan rezeki ini. +_+
Aku?
Tengok2 ler nanti.. bila aku dah bosan dok melangut kat ofis dan merajuk setiap kali April tiba, ..... last year, orang enjoy pergi Secretaries Week, aku pulak berhempas pulas dengan otak mereng pergi Bengkel Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Tahun ini pun sama, adakah nak hantar aku pergi Bengkel AKRAB ke apa tah yang suruh kita jadi Kaunselor. Macam taik! Asal April memang kena kuatkan iman betul. Orang dapat tengok artis, dapat laptop, iPad free, seminar/konferens kat hotel, kita pulak asik asik dpt jawapan sama. takde bajet.
So? Tengoklah, aku dapat rasakan borang permohonan Cuti Tanpa Gaji dah meraung-raung memanggil nama aku sejak 1 April!
INI KALI LAH!
xoxo,
Mizz Coki
***********************************************
***********************************************
Harga : RM25 (WM) | RM27 (S/S)
Jom lah beli lipstik collagen D'Herbs ini. Lipstik magic ni tau?
Warna transparent, takde warna. Akan tetapi bila disapu kat bibir dia berubah ikut warna darah kita. Produk top selling ni tau! Whatsapp je saya kat nombor yang tertera tu.
Thanks.
Duhai blog, tak lama lagi berabuklah dikau. Tersangatlah sibuknya aku sekarang ini huhu. Bila dah free takde pulak idea datang mencurah. Tapi bila idea dah ada tetiba ada saja order yang masuk. Sesambil buat kerja tu aku layan gak Youtube sebab suka sangat dengan MJ12 - Misteri Jam 12, siaran radio Singapore tu. Sungguh seronok dengar citer seram tapi aku ni boleh tahan jugak penakutnya. Haha.
Meh la dengar sikit kat sini.... Memang seram tengkuk bila kita membayangkan diri kita berada dalam situasi citer seram tu. eeeeiichaaakkk..
OK, nanti update lagi ye? Silap aribulan ada yang pegi isi borang mintak cuti tanpa gaji selama 3 bulan. Haha!
DOAKAN!
Meh la dengar sikit kat sini.... Memang seram tengkuk bila kita membayangkan diri kita berada dalam situasi citer seram tu. eeeeiichaaakkk..
OK, nanti update lagi ye? Silap aribulan ada yang pegi isi borang mintak cuti tanpa gaji selama 3 bulan. Haha!
DOAKAN!