Takde Credit Card Tak Stylo Katanya!

By Mizz Coki - Mac 13, 2013

Hubby dah selamat mendapatkan gantian IC baru.  Ni la payahnya orang lelaki, IC gerenti patah!  Makcik kat kaunter pendaftaran aritu pun cakap, daripada 10 orang awam yang nak buat IC ganti, 9 mesti orang jantan.  Haha.    Pepaham jelah.  Wallet org jantan ni kecik, dok pon bawah bontot.  Hari-hari kena henyak mana tak bengkok pastu patah.

Well, topik sebenar adalah kad kredit.  Biasalah aku kan suka merepek dulu.  Masa nak masukkan IC dalam wallet tetiba hubby cita.  Colleague dia penah tegur masa kat tempat kerja lama.  Pekerja bawahan dia lagi.  

"Boss, takkan sekeping pon takde credit card boss?"

"Huh?? Perlu ke??" tanya hubby.

"Ehh, mesti boss, kita mesti ada credit card bersusun dalam wallet boss, baru ada gaya.."

Pulak dah.
Laki akak ko ni mana suka suki nak bercredit card bagai dik.  Kad kredit akak yang ada ni pun dua keping.  Cukuplah.  Bukannya dia perlu pon.  Yang kuat berbelanja online tentulah aku kan? Jadi akulah yang pakai.  Uisssh.  Takde credit card tak stylo katanya.

Heran 50 saat aku.


Credit Card itu pembunuh dalam senyap sebenarnya kalau tak reti guna.
xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan