Random Entry: Noah - Separuh Aku

By Mizz Coki - Mac 05, 2013

Lokasi :
Kedai kopi 'gangster' BDC

Waktu :
Sekitar 6 petang

Skenario:

Kami tiga beranak tengah menunggu order air teh O peng bila ada sebuah Kenari putih, parking betul-betul dekat meja kami.  Yang perempuan tekinja-kinja keluar dari kereta kemudian melambai-lambai kat member jantan yang drive Kenari tu.  Member tu macam malu-malu kucing, tak nak keluar pulak dari kereta.

Rupa derang pun semacam jek.  Otak pun ligat mengenalpasti orang bangsa apa lak ni, nak kata Bidayuh lain macam jek dialek dia, kalau Iban jauh sekali.  Misteri terungkai bila minah terakhir keluar dari seat belakang, tersengih-sengih dan memakai tshirt yang tertulis, "NOAH - SEPARUH AKU".  



Pastu tetiba meja mereka dihurung oleh waitress yang rata-rata dari 'seberang'.  "Oh, jenjangan derang ni Mak Ayam Besaq kan Yang?"  Aku memecah kesepian meja kami bertiga.  Yelah, dah dialek kau pelik, pakai kereta tempatan, bukan nya duduk di belakang siap drive lagi tu.  Dress up baik punya.  Jenjangan agen. *Kepochi mode*

"Ssshhh kontrol sikit suara tu!"  Suami melarang.  Kacau je. Haha.  

Entah, aku pun tak paham entri ni. Hahaha..

Separuh Perut... ha ha ha...
xoxo,
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan