Kelam Kabut Khamis (KKK!)

By Mizz Coki - Mac 01, 2013

Memang gila sungguh minggu ni.  Stok 70kg pmc habis dalam sekelip mata! Tak menang tangan dibuatnya.  Teringat masa mula-mula menjual pmc, kami order 10kg je dulu.  Lepas tu the next order tambah lagi jadi 30kg, pastu last-last 70kg. Itupun, pelanggan terakhir kami adalah selepas tengah malam dan habis dah pmc purple.  Yang kuning pulak adalah dalam sekilo dua lagi.  Nampak gayanya, hujung minggu ni kena tempah 100kg lagi pmc dan nak tengok berapa lama dapat bertahan.  So far, kami buat tempahan pada setiap minggu dan demand sangat menggalakkan.


Telefon toksah cakaplah memang kena alert selalu pastu siap ada buku nota lagi kat sisi.  Dah namapun online biz, semua settle di talian.  Mana dalam buat kerja biasa kat ofis, nak melayan lagi order dan karenah customers.  Oh ya, selain dari pmc kita juga ada jugak jual produk-produk lain seperti dinyatakan di bawah;
= dropship untuk handbag, pakaian wanita plus size, produk-produk kecantikan macam sabun susu beras, sabun gluta kojic, sabun kolagen Newpopular, krim susu beras siang dan malam, krim susu beras AAA, Bedak Kokuryu @ Bedak Arab, Daiso Charcoal Mask, Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care, Tikar Evamatik, Kain untuk baju kurung, kebaya, kaftan bersulam batu dan macam-macam lagi.  Dah macam rojak dah hahaha.
Terima kasih kepada Yang Maha Kuasa di atas rezeki yang diberikan, takde usaha pun kalau setakat berdoa tak ke mana jugak perginya.  Yang penting, kena jujur dengan pelanggan.  Syukurlah setakat ni dah boleh cover gaji sebulan kalau dikira untung bersih.  Berita baik hari ni ada beberapa insan yang mahu berjinak-jinak dalam perniagaan pmc dah confirmed booking dalam 15-20kg sebulan so tak boleh la putus stok macam ni.

Banyak lagi target in future tapi buat sementara ni buatlah sikit-sikit dulu, lama-lama nanti taulah dia membukit.  Terima kasih tak terhingga kepada pelanggan yang order berulang-kali, kalianlah pembakar semangat kami!


xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan