Hina Sangat Ke Naik Motor?

By Mizz Coki - Mac 09, 2013

Teringat zaman mula2 keja dulu.  Bukannya ada modal pun nak beli kereta, nak tak nak naik jelah kuda Honda tu.  Seronok naik motor tau, kalau jalan tengah jem kau boleh selit sana dan sini.  Aku dulu memang tak menganggur lepas grad terus kerja, lepas konvo terus dapat surat temuduga kerja sekarang, pastu terus report duty kat Jabatan Kesihatan Negeri.  Belum sempat nak menabung beli kereta beb.  Dahler baru kawen, baru dapat kerja, etc etc..

Masih segar terpahat di ingatan dan terngiang-ngiang di telinga ini, bilamana dua ekor beruk tak sedar diri jantan dan betina membuat statement yang memalukan waktu kiterang berkumpul ramai2 masa event jabatan.  Yang betina garit ni nama dia Foziah (nama rekaan).  Sesedap mulut dia gelak sewaktu derang bercita pasal motor sambil juih bibir kat aku yang sedang berdiri memegang pinggan.  Lebih kurang camni la dialog dia...  "hik hik hik, yalah macam si anu tu, naik motorsikal pergi keja hik hik hik.. lucu lah hik hik hik"  Bila aku terdengar dia sebut nama aku, bingkas aku toleh tengok muka dia dengan muka masam mencuka.  Dia terus tekup mulut!  Sebijik muka lu macam ungka vagina.  Sundel!

Berdosa ke kalau naik motor?

Jantan mulut berbau suara macam itik kepit sorang ni nama dia Mohamad Izrael (nama rekaan lagi!).  Ini memang tahap pu***ak punya mulut.  Boleh dia sebut benda ni kat depan orang, pun masa event jabatan...  "Haaahhaa.. tu si anu ... naik motosikal ngan laki dia, dahla motosikal kecik.. bla bla bla.." Apa lagi makhluk2 lain yang mendengar terus ikut dia ketawa berdekah2.  Kecik hati hamba.

......  dan mungkin itulah antara sebab aku suka melarikan diri dari event2 Raya, Gawai, CNY jabatan... baik dok diam2 kat ofis, tak kemaruk pun nak makan free... baik layan internet daripada hati disakiti dan dimalukan di khalayak ramai.

Kurang dari enam bulan bekerja, dapatlah menabung sedikit untuk kereta pertama.  Bukan sebab malu kena kutuk tapi at least selamat jugak di jalan raya sebab time tu dah pregnant.

Foto dicilok dari Google.
Kereta pertamaku.  Daihatsu Charade Aura second hand you!  Harga RM15 ribu je, ansuran bulanan RM299.  Amik kau!  Walaupun second hand janji duit tu hasil titik peluh dan halal.  Bukan macam si pengutuk tu dapat kereta baru sampai dua bijik dalam setahun mentang-mentang ditempatkan di Unit ehem ehem so banyak kantau sana sini.  Patut lah mulut kau bau longkang, makan duit haram!  Sungguh, bau nafas / mulut dia ni berbau.

Bebudak baru masuk report duty sekarang koman2 dah bawak Viva (dulu Kancil).  Belum sah jawatan ada yang dah tak layak buat pinjaman lagi sebab gaji dah tinggal 40% lepas dipotong. Ish ish ish..... 

Moral of the story, jangan kutuk orang sudahh... Besok lusa orang tu lebih loaded dari kau baru kau melopong.  Hahahahahaprak.



Vrroooooommm!!!

xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan