Gaji naik, puas hati? Gembira? Bengkek? Tak Paham?

By Mizz Coki - Mac 15, 2013

Nampaknya semua dah lega bila PM umumkan gaji baru.
Aku?
Syukur ada kenaikan.
Tapi masih blur kaedahnya.

Iye ye je PM announce haritu nak tunggu the following week untuk umumkan berita gembira bagi penjawat awam --> ayat biasa setiap tahun!  Cuepacs kompang gempak gempita bagitau nak mohon kenaikan elaun itu dan ini.  Sudahnya lain yang dimintak lain yang diberi.  Trust me.  Setiap tahun macam tu.


Bila tiba saat dinanti, ewah-ewah, rupa2nya penyelarasan gaji secara am dan ada jawatan yang disamatarafkan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam yang lain.  Nama pun dah tukar dah, dari SBPA yang dimansuhkan menjadi, Sistem Saraan Transformatif (SST).  Berapa banyak tukar nama daaa!

KGT aku adalah pada bulan Januari, masih belum dibayar lagi.  Ini pulak dah announce kenaikan awal iaitu pada Julai. Sekali setahun ke?  Takde  macam dulu2 yang bulan Januari, April, Julai dan Oktober ke?

Apa-apapun, bak kata boss ku itu, "tunggu jelah pekeliling keluar, buat pening je mikior nye.." 





................ bukan nak buat hal, tapi rasanya nama baru tu layak je ditukar ke Skim Saraan Lahad Datu!
xoxo, Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan