♥ 13 Tahun yang Penuh Adventures! ♥

By Mizz Coki - Mac 03, 2013



Tak terasa dah masuk 13 tahun usia perkahwinan kami.  :D  EEiiiii. Gatal.  Hahaha.  Actually tarikh sebenar adalah 29 Februari 2000.  Sila salahkan Jabatan Pendaftaran Negara yang bagi kahwin pada tahun lompat!

Foto antik ni.  Tahun 2001, uiiii.. 12 tahun yang lalu.  Badan belum 'berkembang' sepenuhnya
Balik sekolah hari Khamis lepas, 28hb Februari kita tiga beranak pun melilaulah mencari tempat makan macam biasa lepas amik Gabby balik dari sekolah.  Dia kan sekolah sesi petang jadi senanglah, before balik, singgah mana-mana dulu untuk makan.  

Jenuh jugak mencarik tempat, konon nak pergi ke Safari, Jln. Mendu tapi alololo Safari dah pindah dah, tukar nama jadik Favoloso ke ape tah.  So drive lagi dan terus pergi ke satu lagi tempat favorit iaitu Pete's Western.  Camtu jelah, takde spesel2nya dah masuk 13 tahun pun dah jadi suami isteri wei!

Rahsia kebahagiaan kami senang je, terima je pasangan kamu seadanya!  Kamu adalah pelengkap segala kekurangan dirinya dan begitu juga dengan dia yang akan melengkapi kamu.  

Pastu, jangan sembunyi atau merahsiakan apa-apa dari pengetahuan pasangan masing-masing.  Dah namapun berkongsi hidup kan? Semua kena kongsi tapi jangan kongsi seluar dalam sudeh!

For me, my husband is not only a husband but he is my best friend, my brother (I takde abang so bila ada orang buli kita sound dia, nanti dia bagi warning kat kaki buli la pulak ..  huhu..), my business partner, my counselor and my everything!  Jangan anggap suami itu ATM tau, mentang-mentang dia ketua keluarga merangkap Menteri Kewangan.

Bergaduh?? Bontot kereta mana tak kena sondol dik... gaduh kiterang manja-manja gitu.  Seingat I, sepanjang perkahwinan kiterang, tak pernah bergaduh sampai satu jam pon.  Betul!  Sebab yang cengeng itu haruslah si isteri dan tukang pujuk adalah yang terhebat kerana dia akan membelikan aiskrim ataupun kata, "Jom sayang, kita gi mamam nak?" *terus cair....

Apa-apapun terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan seorang suami dan seorang anak sebagai pelengkap rumahtangga kami.  

 
3 beranak macam drama SEMONTEL CINTA KITA.
Kannn??????

Cik Osman, Cik Bab dan Dek Bab!

OMG.
HAHAHAHA!!!!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan