125GB Tambahan dengan Pelan Jalur Lebar P1 4G

By Mizz Coki - Mac 07, 2013



Petaling Jaya, 25 Februari 2013 - Perintis pembekal jalur lebar 4G terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1") hari ini memperkenalkan pelan jalur lebar baru yang menawarkan kuota yang lebih pada harga yang berpatutan. Pelan ini direka untuk memenuhi permintaan gaya hidup pengguna Internet hari ini yang sentiasa memerlukan jalur lebar yang lebih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P1 Michael Lai, jalur lebar atau kuota penggunaan Internet adalah seperti petrol untuk kereta. Lebih banyak anda mempunyainya, lebih luas anda boleh meneroka. Beliau menambah, "Ramai orang hari ini terkejut dengan penggunaan jalur lebar mereka yang tinggi dan jumlah kos yang terlibat. Kuota boleh berkurangan dengan cepat hanya dari audio streaming, memuat turun fail-fail besar, atau jika anda terlibat dalam perkongsian fail secara peer-to-peer bersama orang lain".

Beliau turut menambah, "Di P1, purata penggunaan pengguna di rumah adalah 17GB sebulan, ini adalah peningkatan sebanyak 70% berbanding empat setengah tahun yang lalu apabila kami mula menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Bagi pengguna nomadic, purata penggunaan adalah 6.3GB sebulan, dan ia merupakan trend yang semakin meningkat memandangkan gaya hidup kini yang sentiasa bergerak".

P1 memberikan kuota tambahan 25GB iaitu 5GB sebulan dalam tempoh lima bulan pertama kepada pelanggan baru ForHome™ (pelan tetap tanpa wayar untuk kegunaan di rumah) dan OnePlan™ (pelan tetap tanpa wayar dan kombo mudah alih untuk kegunaan di rumah dan on-the-go). Dan sekiranya dongle lama diserahkan, pelanggan akan diberi 100GB tambahan!

Kedua-dua pelan menawarkan kelajuan akses yang tetap sehingga 4Mbps, manakala kelajuan jalur lebar on-the-go OnePlan™ adalah sehingga 1Mbps. Pelan – pelan didatangkan dengan WiFi dan desktop modem dengan panggilan suara untuk kegunaan rumah dan panggilan telefon dengan 200 minit percuma sebulan di mana pengguna boleh membuat panggilan ke talian tetap dan mudah alih tempatan serta panggilan IDD ke 10 destinasi popular. Dengan OnePlan™, pelanggan juga akan menerima modem peribadi WiFi 4G (MiFi) secara percuma untuk kegunaan luar. Yuran langganan bulanan untuk pelan ForHome™ bermula dari serendah RM69 manakala OnePlan™ bermula dari RM99. P1 juga menawarkan pelanggan percubaan 7 hari percuma tanpa komitmen.

Bagi eksekutif muda yang selalu bergerak, mereka kini boleh menikmati pelan Togo™ baru yang menawarkan kuota penggunaan tambahan 25GB yang diberikan secara automatik kepada pelanggan sebanyak 5GB sebulan dalam tempoh lima bulan pertama langganan, iaitu tambahan kuota yang sedia ada sehingga 10GB. Pelan ini menawarkan kelajuan optimum tanpa had, bergantung kepada langganan. Ia juga didatangkan dengan modem MiFi MF230 secara percuma, atau pelanggan boleh memilih modem baru MiFi MX230 yang boleh menghubungkan 8 peranti WiFi secara serentak. Dengan harga dari serendah RM39 sebulan, P1 menawarkan sambungan yang pantas dengan harga berpatutan.

"Di P1, kami memahami yang pelanggan mahukan jalur lebar yang segera, pantas dan berpatutan. Kami juga percaya dengan berusaha keras ia dapat memastikan pelanggan-pelanggan kami mendapat pengalaman P1 yang terbaik " kata Michael Lai.

Terpilih sebagai Best Wireless Home Broadband 2012 di GoMobile Awards, P1 kini mempunyai lebih setengah juta pelanggan di seluruh negara, dan mempunyai liputan yang meluas di Semenanjung dan Sabah serta Serawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai mana-mana pelan sila layari www.p1.com.my/hotdeals/

***


Mengenai Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd.

Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1"), anak syarikat Green Packet Berhad dengan operator utama Korea Selatan, SK Telecom sebagai pemegang saham kedua terbesar merupakan syarikat telekomunikasi 4G pertama dan utama Malaysia. 4G P1 mewakili komersial berskala besar pertama melancarkan rangkaian WiMax 4G 802.16e 2.3GHz di luar Korea. Walaupun LTE masih di peringkat awal di Malaysia, P1 sudah bersedia untuk memacu transisi dan menggunakan LTE 4G melalui perkongsian strategik dengan para penyokong terbesar LTE dunia iaitu Qualcomm International, China Mobile Limited dan diterima oleh Inisiatif Global TD-LTE  elit yang merangkumi lebih dari separuh potensi pasaran dunia. Matlamat P1 adalah untuk menjadi jambatan kepada jurang digital dengan memberi akses kepada internet sejagat, di mana-mana dan mampu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia.   P1 berharap dapat memainkan peranan utama dalam merealisasikan impian negara dalam menyediakan jalur lebar untuk semua.
Sejak penumbuhannya, P1 telah menerima penghargaan-penghargaan berikut:
2008     ● Syarikat Teknologi Swasta Asia Paling Innovatif Red Herring   
● Malaysia Book of Records - Telco  WiMAX Malaysia pertama
2009     ● Syarikat Baru-Bermula  MSC Malaysia APICTA  Terbaik
2010     ● Anugerah Telekom Malaysia Frost & SullivanPembekal  Servis Harapan Tahunan Terbaik
● Anugerah Malaysia Effie – Kempen “Sudah Potong?” (Emas)
2011     ● Jenama Perusahaan Terbaik oleh Anugerah Global Golden Brand
● Anugerah Kepimpinan Global – Kategori Internet
2012     ● GoMobile – Jalur Lebar Kediaman Terbaik

Untuk maklumat lanjut tentang 4G P1, layari http://www.p1.com.my/
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Alvin Phey
+603-7450-8509
+6012-333-5700

Farra Roziana Binti Mokhtar
+603-7450-8559
+6019-353 7316

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan