Terima Kasih SKII, You're My Hero

By Mizz Coki - Februari 12, 2013

3 minggu sudah berlalu.
Tak berani nak tepek wajah sendiri kat blog lately angkara Tabita wajahku musnah. Haha.  Entri ni bukan untuk meng-kondem kan Tabita tapi tak semua kulit wajah sesuai tau.  I guna Tabita genap dua bulan tapi takde menunjukkan apa apa kesan bagus pun.  

Yang ada cumalah kulit wajah kotor sebab kulit dah sedia ada berminyak, ditambah dengan minyak dari krim siang Tabita yang memerangkap habuk dan debu jadila blackheads menghuni wajah ini.  Sedih jugak tapi sedekah kan ajelah krim siang dan malam bagi kat kawan yang kulit dia sesuai guna Tabita ni.

BYE BYE, SAYONARA, SELAMAT TINGGAL TABITA.  KITA MEMANG TAKDE JODOH.
Bila blackheads menyerang of courselah jejari ini gatal untuk mengorek keluar pastu luka dan tinggal parut.  Tambah serius.  Memang agak memalukan.  Sudahlah muka macam udang kena bakor masa pakai Tabita, sekarang kena turun kerja dengan parut kehitaman.  Hamik ko Coki.  Suka sangat nak try macam macam produk.

FOTO TERKINI.  CANTIK? MULUS? HALUS?
Uols jangan tertipu derrr dengan foto di atas.  Guna camera 360 je snap and click then voila!  Ramai yang guna apps ni bila letak muka bajet hot kat Facebook.  Jangan tipuuuulaahhh!  Kita tauuuuu dah.  Kat blog pun cenggitu jugak.

INI BARU ORI.  BOLEH NAMPAK EYEBAG, BEKAS PARUT JERAWAT DAN PIGMENTASI DI TEPI MATA.
Mesti uols macam tertanya tanya, apa produk yang I pakai balik untuk mendapatkan kulit bersih kembali??? Sila lihat foto di bawah pulak.

Bedak Arab
I pakai Puggy Pink.  Tak perlu guna krim atau foundation tebal tebal sampai kulit semput tak bernafas.  Satu lagi kelebihan guna bedak arab ni dia boleh mengecutkan jerawat.  Serius.

Sabun Susu Beras dengan Kolagen
Mencuci bekas mekap terutama eyeliner dengan berkesan.  Memberi kelembapan semulajadi pada kulit wajah.  Murah je, I jual RM5 seketul waaaaaa siap promo lagi!

SKII
Orang miskin macam kita tak mampu nak ber SKII tapi oleh kerana member I ada kawtim dengan tokey SKII kat Parkson maka dapatlah merasa Miracle Water dan Skin Repair C yang sample cinonet tu.  RM190 untuk kedua-duanya.  OK lah tu kalau banding dengan Tabita sampai tiga ratus duit I keluar tau.  Berkesan ke SKII??? YE.. KESAN SUDAH BOLEH DILIHAT PADA MINGGU PERTAMA PENGGUNAAN.


Rutin mingguan pulak senang je.  Cuma lumurkan kolagen masak ke muka dan biarkan muka kejung selama 15 minit.  Terus tegang!  Oh ye foto kat atas tu I guna masker dari SHILLS.  Beli kat Zalora lebih MURAH dari lelong.com tau.  Pergi tengok sekarang kalau tak caya.  Masker ni I guna seminggu dua kali sebab since pakai bedak arab kan, pori pori tidak tersumbat.  Besttnyerr.... Jangan lupa air kosong kena minum banyak dan amalkan pemakan Vitamin C.  I jual I sendiri pulak makan hahaha.. I amalkan dua biji pil gluta setiap pagi masa perut kosong.  

Nah tu aje rahsianya.  Tak perlu malu malu dan tak yakin dengan diri sendiri amik gambar guna camera 360 ew ew ew.  Ramai yang cun gila dalam Facebook bila jumpa face to face ya ampun..tak berani nak komen sini.  Haha.  Tak baik tauuuu.... 

Ok, tu saja my story pasal produk penjagaan muka yang tak seberapa itu.  Hehee..

xoxo,
Mizz Coki


  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan