Makan Makan Makan, Pastu Kempen Cara Hidup Sihat Sana Sini

By Mizz Coki - Februari 24, 2013

Munafeeq.
Hipoqreets.

Ye, all this while dok diam je bila tengok Facebook korang.    OKlah, I admit I sekarang attach kat ofis yang kecik.  Manpower cuma 20++ orang je.  Tapi tak jugak I nampak weols hari-hari buat 'projek' goreng ayam, masak Nasi Beriyani, buat cucur goreng tetiap hari. Kami juga celebrate birthday tapi buat dalam 2x setahun, ~ 6 bulan sekaligus. Untuk menjimatkan wang dan masa.  

Dulu, asal pukul 10 pagi je dah terbau aroma kari ayam, sayur tumis bagai di tingkat atas ofis.  Tiap-tiap hari macam tu.  Waktu yang kau sepatutnya buat kerja, tapi sebok-sebok akak-akak kerani ni bergasak kat pantry tunjuk skill yang hebat sangat memasak.  Nak-nak yang menjadi kaki ampu boss.  The best part, at the end of the show, Boss pulak ikut sekali makan kat pantry.  Bagus.  

Pastu bila dah makan ramai-ramai camtu akan keluarlah ayat-ayat bodoh macam, "EH, KAU DAH GEMOK, TAKYAHLAH MAKAN BEBANYAK SANGAT..." Cantik.  Pastu yang masuk hospital kena darah tinggi sakit jantung adalah si kurus bak supermodel perasan.  Yelah, badan kurus, makan tak hengat.. semua dilantaknye.  Ada yang lebih hipokrit dari bapak hipokrit.  Konon-konon tunjuk ayu makan siiikitt je,  jaga badan, walhal kat rumah kita tak tau yang dia melahap sampai sebesen nasi. Sapa tau kan?  Tah-tah siap jilat-jilat pinggan lagi.



Adalah sangat sulit hidup ini, bila berbadan besar dan bekerja di bawah KKM.  Timbalan Menteri kiterang pun gemok, HAKIKAT.  Konon-konon jadi role model masyarakat lah.  Rasa nak tukar jabatan lain pun ada jugak bila kenangkan nasib badan.

Amalkan Gaya Hidup Sihat??? Pfffttssss...


I dedicate this entry to all my fellow ex-colleagues.
xoxo, 
Mizz Coki

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan