Kisah KFC

By Mizz Coki - Februari 14, 2013

Kisah last few days ni.  Masa lepak dalam bilik tido sambil buat akaun berceritalah si hubby pasal ex colleague dia.  Selalu jugak dia amik pmc dari kiterang untuk dijual.  Laris gila.... kalau paket hat 100gram tu, dalam masa tak sampai setengah jam 20 paket boleh sold out.  Hebat kan?  Jual kat kampung je pakai motosikal.

Seronok dengar bila kita dapat tolong orang cari income lebih.  Modal kecik tapi untung besar.  Kita tinggalkan topik itu.  Yang buat I sebak dan sedih bila hubby bagitau camni,

"Eh yang... si R kata seronok jual pmc tau?"

"Ye ke? memanglah seronok lakiku.. kalau nampak hasil dan pulangan berlipat ganda kan?"

"Nope, it isn't like that.  He told me, senang hati aku sekarang ... dapatlah aku beli KFC satu bucket untuk dikongsi dengan anak2. All this while, satu pinggan kena kongsi ramai ramai."

"HAHHHH??!!!"

Sumber foto : SINI

Yeee.... Hubby citer lah... satu pinggan tu beli macam 3 pieces tapi kongsi satu famili.  Anak anak dia ada 4 ke 5 orang camtu.  Pastu hubby citer lagi, kalau derang beli Mi Kolok Mohd. Lim Abdullah yang mantap tu, satu bungkus kongsi dua orang.  So satu keluarga makan beli tiga bungkus je kut.  Humangaiiihh. Part ni airmata I dah bergenang.  Nak nak rasanya time tu beli satu bucket KFC pi hantar ke rumah derang.  Anak yang sulung aritu I dengar masuk Masterskill tapi tak sampai dua semester pun sebab tak mampu bayar yuran.  Alih alih dia dah kahwin dah minggu lepas.  Kesian kannn?

Mi Kolok Mohammad Lim Abdullah 
sumber foto : SINI

Bukan nak menyombong ke bongkak ke riak ke... KFC tu kiterang tak sentuh sangat pon sebab bosan.  McD pun camtu cuma bila teringin sangat baru pergi sana untuk makan.  Kami tiga beranak lebih suka makan berat macam western tak pon paling koman pon kat seafood camtu.  Nak nak sekarang Gabby dah sekolah sesi petang memang tak makan kat rumah.  Habis sekolah 6 something, dengan traffic jammed lagi.  Nak tunggu jammed reda, haaa melilaulah mencari kedai makan.  Makan kat rumah pun cuma  hujung minggu je ... itupun kalau sibuk hantar barang customer makan kat luar le jawabnya.  Sekali bil berlepas terbang jugak RM60+++  sehari sebab breakfast, lunch, dinner kat luar..  Kalau seminggu? Sebulan???  Rasanya duit banyak terbang sebab makan kat luar hahahaha... Adooiii... 

Abang R, kiterang doakan semoga rezeki abang melimpah ruah tahun ini.  Sabar bang, cabaran hidup ni memang ganas dan tak berhati perut tapi kalau kita jujur dan baik dengan orang, Tuhan akan bagi balasan dengan memberikan rezeki kalau tak kat abang mesti kat anak anak.

*tetiba rasa sebak*

OKlah, sekian entri buat kali ini.  Nak gi mandi bau hamis macam kambeng gurun bertapa dah ni.



xoxo, 

Yang cengeng.....

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan