Maggi Goreng Kantin ~ Failed. Lol.

By Mizz Coki - Januari 29, 2013



I sekarang dah betul betul rindu Maggi Goreng KL style.....  Derang guna Maggi Kari.  Tu pasal kut.
Mabeles.
Ada tauhu goreng, ada daging ayam, pedas menggila.
Tekak I kan tekak Melayu, walhal Iban hahaha...


Inilah makanan darurat kalau tak bawak bekal ke ofis mahupun bila terasa bosan dengan nasik campur yang rasanya tetap sama kat tekak.  Tapi bila bukak je bekas tapau ni terus macam errrrkkkk...?

sebab, pertama I tak suka kalau benda bergoreng minyak bertakung macam empat lima sudu camtu kat bawah termendap.

kedua pulak sebab I tak sukalah bawang goreng yang dalam plastik orang jual kat kedai tu.  Senang memanglah senang tapi rasa macam plastik goreng jek.  I prefer bawang yang dihiris halus kemudian digoreng kemudian ditabur, perggghhh. Heaven!

Masakan kantin sekarang tekak ni macam tak boleh terima la pulak.  Semua rasa sama je.  Ayam ke sayur ke daging ke semua rasa macam sama dah kat tekak ni.  Adoiiii.. satu hal la pulak.  Last last sms ke tokey kantin suruh buat Maggi goreng.


Oleh kerana kelaparan... bersyukur lah daripada tak makan langsung kan?  Lepas kenyang terus senyap tak berbunyi.  Ok, haruslah ada Nescafe mild ni dengan buih buih 'haluuuuusss' dia.  Amik secawan sehari pun cukup ye adik adik.  Especially uols yang sedang mengamalkan pemakanan Vitamin C. Kena kurang2kan minum menatang alah kafein ni.  Eleh mentang2 dia tengah ber-Gluta C sekarang hahaaha hawau.

Dem.
Buat entri ni tetiba rasa nak makan Maggi goreng.
Sudah sudahlah tu ....
Sekarang masa untuk tidur.
Besok kena attend mesyuarat, adoi mak. 
Terus tension tak pasal pasal.

......................


  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan