Edisi Berangan : NAK MAINTAIN UV BLOG 500 SEHARI!

By Mizz Coki - Januari 19, 2013

Tersengih sesorang baca komen diri sendiri kat blog Rempit Kehidupan pasal NAK MAINTAIN UV BLOG 500 SEHARI!  Hebat tuh.  Blog I ni pun lebih kepada blog syok sendiri, pasal apa... pasal merepek repek pastu UV pun tahap 'low batt' haha.  Bayangkan kalau korang punya hp bateri dia tinggal 11%.  Macam itulah ibarat nya dengan my blog hahahaha.

Nak membebel apa hari ni ye?  Hari ni dah Jumaat bermakna dah dua minggu I masuk kerja lepas bercuti.  To tell you the truth, I memang dah lari fokus buat kerja ofis.  Serious.  Mungkin sebab masa cuti terlampau seronok.  Bayangkanlah, bangun pagi pukul 8.  Pergi mandi dan bangunkan Gabby.  Berkemas lebih kurang, pastu kita tiga beranak pergi brunch.  Lepas tu hantar Gabby ke sekolah since now dia dah masuk sesi petang.

Lepas hantar Gabby pegi skolah barulah petualangan kami bermula.  First pergi bank in duit dulu, pastu pergi Pos Laju, pastu hand delivery barang.  Siap semua then balik rumah, bukak komputer masing-masing. Layan customer online, sambil berbalas sms/WhatsApp.  Cukup masa amik Gabby balik sekolah dan pergi dinner. Lepas tu sambung kerja balik sampai pukul 2 pagi.

MEMANG BEST!!!! 

 ♥ tak perlu mengharungi traffic jam
♥ tak perlu punch card
♥ tak perlu risau nak pakai baju apa.
♥ tak perlu nak tenyeh mekap tebal.
♥ tak perlu amik minit mesyuarat
♥ tak perlu duduk berjam-jam sampai bontot jadi penyek dan kematu



Alaaaaaaaaaaaahaaaii... bila lah masa I boleh berhenti kerja.  IN YOUR DREAM, MIZZ COKI.

Seriously.  Nak update blog pun I really don't have opportunity to do so.  Ni ha, dah pukul 1:30 pagi, masih lagi ditemani dengkuran si suami dan Milo di sisi.

Selamat membaca, harap uols tak boring lepak sini.

I love you guys.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan