Satu Sore di Entikong, Indonesia

By Mizz Coki - Disember 30, 2012

Kerja gila.  Takde keja buat keja.  Tapi sebelum tu ada satu benda nak share.  Nuffnangers ada beribu ribu lemon kan?  Dalam beribu ribu lemon tu korang perasan tak Blogger of the Month ni kena ala ala seleburiti kaedahnya.  Sebelum tu I nak mintak maaf kalau terasa sebab this is from my point of view.  And I believe that ada insan lain di luar sana berfikiran sama jugak kan?  I rajin jugak tiap tiap bulan belek siapa bloggers of the months ni.  Ramai kena jemput event sana sini.  Oh, haruslah selalu ke luar negara, pergi Korea makan Kimchi.  Pergi Jepun dress up ala ala Harajuku.  Takpun ke UK berfoto bawak anak bini ke Old Trafford.  Ada sesetengah tu macam sunyi je ataupun bahasa kasar gasar nya SYOK SENDIRI, sebab macam berat sangat orang yang komen, or maybe ramai yang masuk sebenarnya dan rasa menyampah.  Nah, kan I dah bebunyik serba jeles.  Memang jeles pon.  OK.  Tak baik jeles kat orang, yang penting, duit Nuffnang masyuuuuukkk!!  At my blog pun ramai yang cuma teropong je, bukannya nak komen pun which is menyenangkan hidup I untuk membalas komen komen and sangat berterima kasih untuk pengomen tegar because of you guys, bagi I semangat nak meneruskan hidup sebagai seorang blogger.

Dipendekkan cerita, I pun tak nak kalah tau. Haha.  Biarpun tiada paspot haruslah tetap nak merasa pergi over the border kan?  OK, hentikan statement berbaur biadap itu.  Sebenarnya petang Christmas eve tu kiterang pergi ke pekan Entikong, nak restock barangan dagangan kat kedai online.  Pada saat orang lain gah dengan pasar Serikin nya, oh yes haritu my in laws pergi Serikin punyalah panjang very the longest queue in the history kesian or should I say padan muka, jahat betul kan... hahhhaha... well, hubby, my sister and my brother kita berempat pergi ke Entikong melalui pekan Tebedu, Serian.  Dah macam tinggal sejarah je tempat ni walhal satu masa dulu, sebelum Serikin tu wujud ramai manusia pergi sini tapi sebab macam banyak benda nak dibuat dan agak menyusahkan jadi orang lebih suka pergi ke Serikin.

Kat sini, kalau naik kereta, si pemandu kena tinggalkan IC kat imigresen situ.  Pastu dah masuk kena tukar wang ringgit ke rupiah.  Hari tu kiterang pergi tukaran wang dia RM1 = Rp3100, so tukar RM200 dapat lah jadi ongkaye kejap, Rp620,000 uuuuuuhh banyaknya kosong kat belakang.  Tapi dasar perempuan manakan cukup RM200 tu dik non.  Dugaan memang banyak terutama yang berbadan sasa seperti daku dan sentiasa memerlukan aircond.  Rasanya badan I dah susut air sebanyak 3 liter kut dek berpeluh hahahaha... 

Kat Serikin, korang kena parking jauh dan kena bayar.  Kat sini parking je depan lot kedai, la la la...  Pastu naik atas ya ampun tangga dia tinggi dan curam gila... nasib baik ada bodyguard so berpaut di dahan cinta lah kaedahnya hahahaha.. thanks darling!  

Kalau di Serikin korang kena berjalan dalam panas mentari terik sampai ada yang tak tahan balik Kuching terus demam.  Kat sini lenggang kangkung je korang bejalan, tapi awas.. macam takde aliran angin sampai berpeluh peluh, kalau kedai tu ada kipas vavava... memang bestlah sambil beloyar buruk dengan pemilik kedai sambil berkipas free.  Strategi namanya tu.

Banyak insiden menarik berlaku pada hari itu antaranya;

1.  Oleh kerana saya bisa ngobrol Indonesia makanya saya bisa dapat diskon yahooo... diskon nya bisa bisa sampei dua rebu rupiah bukkk...

2.  Ada kakak kat warung (kedai) ni siap tanya I, dah lama ke dok Kuching? Cemana dapat dok lama kat sana? OMG.  Hello???? SAYA SIH EMANG ASLI KUCHING. 

"Lho, gimana ibu bisa pintar berbahasa Indonesia,.. bagus sekali ya, saya kira tadi ibu dari Jakarta!!!" dengan muka mengong.  Nasib baik I tak jawab, saya kan menikah sama pengusaha dari Malaysia lho.. orang gedongan gitu. Hahahaa.... cepetan, panggil saya isteri juragan. wakakakkaa...

NAHHH.. ITU DIA.  SAYA KAN DOYAN NONTON SINETRON AMA FILEM2 INDONESIA JADI GAMPANG DEH BELAJARNYA.  *sambil berkipas

3.  Walaupun Rupiah mu menyusut, derang tetap menerima Ringgit Malaysia tetapi berhati-hatilah sebab masa ni harga akan 'dinaikkan' amboi pepandai uols nak naikkan  harga.

4.  Jangan beli TABITA kat sini, I beli kat Sarawak RM300 je satu set eksklusif, kat sini dapat RM400.  Mak aiiii mahal giler.  Boleh depa pi sound kat cheq habaq kat M'sia jual sampai RM600?? Hello  hello.. itu kat salon Fasha Sandha.. Kedai Online Mak Jemah RM300 jek ok?

OK, tak sohih kalau takde gambo yelah sebagai bukti kan? auuuww gediks!


Foto ori lagi asli.  Slamat dateng ke Entikong. wow.  Rasa oversea sangat haha.


Tadi kata air hilang kena sejat dalam 3 liter kan? Amik lu... Apa kelas minum Coke. Haruslah ada Teh Botol Sosro.  My sister ada penggeli sikit nak minum guna cawan sini atau dah tak sabar sebab terlalu haus.


Dah haus lapar la pulak.  Tak sah kalau tak pekena bakso ori kat sini.  Rasa mirip dengan bakso kat Warung Nasi Kuning.  Kedai2 Melayu yang lain? OUT.  Sedap gila weh bakso ni siap dengan saus cili nya yang bikin mantap!!  Tengok my sis dah pelahap gila dalam foto ni hahahah. Mesti marah dia kalau baca blog ni sebab dia dah warning jangan kuarkan foto dia tengah melantak.  Eleh, kau artis ke?  Artis dangdut Belah Duren. Hahahaa...

Well, nampaknya perniagaan bolehlah dikatakan bagus so mungkin Tahun Baru nanti kena pergi sini lagi, I dah sms dengan Pak Ir tu nak angkat barang sepam dua.  Dia dah reply pon, canteeeeeeekkk..... 
Orait, jangan lah boring ye baca entry yang agak panjang dan merapu ni.  I takde duit banyak mana pun nak show off pergi London ke, Tokyo ke, Seoul ke.. waima ke Bangkok sekalipun, hahahhaa... till then, sign off dulu.... wheeeee!!


xoxo,
Mizz Coki suka banget belanja di sono!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan