Mizz Nina Dirompak, Kereta Dipecah Di Lampu Isyarat

By Mizz Coki - Disember 04, 2012



Ola!  Apa topik panas hari ni?  Tak panas mananya pon.....  Mizz Nina Dirompak gitu.  Ni kes letak henbeg kat kusi depan.  Berhenti kat traffic light tetiba ada setan yang pergi pecahkan cermin kereta dan bak lari henbeg dia.  Fuish. Harap-harap besok lusa polis dapat tangkap perompak tu.  Celaka betol.

Hari ni Selasa macam biasa mestilah busy.  Pagi meeting.  Habis lebih kurangla dalam pukul 11:40 pagi camtu.  Pergi lunch kejap ngan hubby.  Balik ofis lebih kurangla dalam pukul 1:15 petang.  Layan customer online lebih kurang.  Tepat 2 petang bermulalah episod menaip minit mesyuarat.  Habis pukul 5 petang, cepat-cepat pulang.  Hari ni singgah kat Kamdar kejap.  Beli kain putih untuk buat baju sekolah dak Gabby.   Tailor bitau aritu kain tak cukup.  Haha.  Badan dah godang kena tambah kain lagilah.  Harap-harap balik kerja singgah dinner nak makan sandwich.  Alih-alih Gabby pakai seluar koyak bontot la pulak!  Cemana nak gi makan??? Balik ke rumahlah jawabnya dan seperti biasa MIL masak kari ayam favorit terus tak hengat diet dan sandwich.  Berkecai diet aku hari ini.  Lunch nasik, dinner pun nasik.  Siot.  

OK. Ni je update for today.  Aku nak jawab soklan cepumas customer, mana nak bagi senarai harga lagi.  Adoiyai.. mandi pun belum lagi ni tau.  Cemanalah badan tak masuk angin????


xoxo,
Mizz Coki bau kambing perfume David Beckham ♥




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan