Merry Christmas 2012!

By Mizz Coki - Disember 28, 2012

Ho ho ho! Merry Christmas kawan-kawan...  Letih sangat 25hb walhal bukannya buat kerja berat sangat.  Memang badan ni perlu berehat kaedahnya.  Tiap-tiap malam I tido pukul 1:30 pagi paaaaling awal la tu.  Bangun pulak 6:15am.  Tido kurang dari 5 jam.  Jangankan manusia, kuda pun boleh tertonggeng dek kerana tak cukup tidur.  Hahaha.

Wah. Dah ala-ala gambar keluarga katanya... Sila lihat Gabby yang buat sofa nampak sendat!

Tahun ni tak berapa berziarah, cuma ada gathering kecil kat rumah Winnie.  Ada Mimi, Let dan Jess sekali dengan keluarga kat situ.  Kecoh jangan cakaplah.  Semua tahap speaker besar punya.  Dah dua tiga jam kat situ, semua orang kena gerak because nak pergi rumah kawan-kawan lain and kita orang nak pergi rumah Mak ler pulak.

Oh tak sah takde gambar Christmas gifts tahun ni.


Gabby dapat 'hair chalk' seperti yang diminta.  Hair Chalk ni kan, cuma basahkan rambut dan warnakan rambut masa basah.  Nak buang kaler rambut tu senang aje.  Bilas dengan air.  Meraung sakan bila mendapat kaler tu.  Sabo jelah Mama dia ni.  Hakikatnya dia dah tak nak Barbie doll lagi.  Orang dah dara dah katakan.

Peminat tegar Casio haruslah menambahkan koleksi beliau.  So Mudman sudah, Frogman pun sudah errrr.. this year a Riseman for u love?

Si ibu pula mendapat piano yang boleh digulung-gulung macam sushi.  Thanks Papa, thanks Gabby.  Mama suka sekali melalak dengan piano ini.  Hantam sajalah labu!

Foto-foto kandid kat rumah Mak.  Haruslah ada my pics ngan si Ashlyn ni.  Dia suka sangat bergambar dengan I.  Niece kesayangan ni sebab selalu kena buli dengan si abang dan Gabby.


Anyway!  
Takde cuti lepas Krismas sebab cuti tahunan tinggal 2 hari saja lagi. Hahahahahaha.. gelaklah gelak.
Minggu depan dah tahun baru kan, ok ahkak ini akan bercuti dari 31 Disember hingga 6 Januari, weeehoooooo!!
Gabby masuk Tingkatan 1 dah next week, sekolah sesi petang, nak feeling-feeling amik dia balik sekolah dan dinner bersama-sama.
Yang penting banyak urusan nak dibuat cuti ni.

Oh ya, kemungkinan besar nak tukar layout blog ni la pulak.
Tahun baru, layout pun baru.

Baru semangat!!


xoxo,
Mizz Coki nak gi ber-ber dulu, sakit perut dari tadi dok tahan.  Muakakakak!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan