Maya Karin Dan Remy Ishak Weuweuweu..♥

By Mizz Coki - Disember 06, 2012

Iols doakan semoga ada cinta di hati uols. (apekah??)

Bagaimanapun baru-baru ini ketika berlangsungnya sebuah majlis fesyen hebat di tengah ibu kota, Murai Batu dikhabarkan kedua-dua pelakon berkenaan telah kembali akrab.
Alamak! Murai Batu tak mahulah spekulasikan keakraban mereka berdua ini, kerana setahu Murai Batu masing-masing memang saling kenal mengenali. Jadi tak salah rasanya untuk mereka akrab.
Namun daripada sumber memberitahu, ketika majlis berkenaan Remy Ishak seakan tidak mahu lekang di sisi Maya Karin, sehinggakan Remy Ishak yang hadir agak lewat ke majlis berkenaan tercari-cari pelakon jelita berkenaan. - Dari blog MURAI.COM
Vavava! Maya Karin dan Remy Ishak.  What say you?  ME?? Well, orang nak sangat derang ni jadik couple tau sebab derang nampak sepadan sangat.  Kankankan? ♥

Bercakap tentang sepadan.  Last nite barulah berpeluang menonton Twilight Breaking Dawn Part II.  Punyalah lambat giler.  Gabby dan kawan-kawannya dah tengok dua kali.  Memang kiterang busy sesangat. Ngam-ngam semalam hari Rabu (Movie Day) jadi tiket wayang kat Star Cineplex cuma berharga RM5.00!! YES!! RM10 untuk dua orang.

Tapi sebelum tu tanggungjawab kena lah dilaksanakan. Pergi ke BSN dulu untuk gantikan kad bank aku yang dah rosak chip dia.  Then baru pergi lunch.  Lapar gila...  sampai ketor dah tangan haku.

Pas makan, singgah kat Lee Ming Press.  Hantar design stickers tp kena tunggu seminggu baru siap.  Ayoyo.  Salah diri sendiri jugak.  Sebelum stok kolagen sampai dulu aku sepatutnya dah hantar design tu.  Oh ya stickers tu adalah untuk lekat kat plastik kolagen.  Singgah-singgahla kat website KOLAGEN kami jika nak tau.

Next destination, pergi carik bakul size gajah.  Untuk simpan semua stok kolagen kami.  Sempat jugak cekau botol air untuk Gabby warna pink.  Senang beli barang budak ni.  Mesti pink.  Huhu.  Kaler lain dia tak berapa gemar.  Daripada situ kami terus menuju ke Star Cineplex.  Alangkah kecewanya bila dibagitau takde show pukul 4 petang.  Hamik kau!  Ye ye aje aku bukak website CINEMA.COM.MY pagi semalam kat ofis.  Tak tau tetiba derang boleh pegi edit kan website tu huwaaaaa!!  Kebetulan terserempak dengan Winnie lepas tu kiterang borak-borak tetiba staff Star Cineplex datang dan tegur aku.


"Errr.. you said just now you saw the schedule online right?"

Me:  YUP.  I CHECKED YOUR SITE THIS MORNING SO I THOUGHT TO COME AND WATCH THE 4PM SHOW. 

"This is our website (sambil tunjuk kat tabby dia) and I'm the one who edited the schedule.." - muka budak tu dah macam separuh nangis je aku tengok. yelah, reputasi derang kan?  Salah aku jugak pegi pot pet kat kaunter pastu suara bukan main lagi kuat bagitau Winnie. Am I that obviously a Drama Queen?

Me:  IT'S OK.  I CAN WATCH THE NEXT SHOW AT 7PM. BUT HEY, THANKS ANYWAY.

Hubby kata aku celupar sangat.  Haha.  Tak tauler lately aku macam makin 'berani' nak bersuara lantang.  Bukan lantang bising tu, tapi lancang sikit.  Entahlah, aku rasa all this while aku ni nampak je garang, tapi jenis yang senang ditindas dan dibuli.  Agaknya hidup aku sekarang stress sangat dengan busy.  My friend Max kata, aku tak macam dulu dan dia nasihatkan suruh aku 'slow down' sikit.

*sigh....

Anyway, berkenaan Twilight Breaking Dawn Part II pulak ye....

Vladimir dan Stefan.  Vampire (dracula kut) Romania Coven yang berdendam tahap Dewa kat Aro (Volturi)
Ini pendapat aku sajalah, anggaplah ia satu hiburan.  Kang ada peminat tegar Twilight terlampau pegi lempang aku pulak.

1.  Ending biasa-biasa je Part II ni.  Agaknya sudah muak disajikan dengan trailers kat YouTube ataupun spoiler dari mulut-mulut mereka yang dah pergi tengok masa tayangan mula-mula haritu.

2.  Bella tetap Bella.  Kekok dan bibir bergetar-getar.

3.  Favorit vampire? GARRETT.  Lee Pace sangat hensem, mak suka noks.  Sebelum Twilight memang mak suke taw.

4.  Badut dalam movie kali ini adalah Vladimir dan Stefan.  Aku gelar derang, Gay Russia. wakakkaa... bukan main lagi nak laga-lagakan semua vampire supaya serang Volturi untuk lunaskan dendam kesumat berkurun-kurun derang.  FYI, dulu2 boss segala bosses vampires adalah Romania Coven, derang ni. Tapi Aro dan askar-askarnya serang derang dan bakar istana mereka.  Stefan dan Vladimir saja yang berjaya melarikan diri.

5.  Potong stim!  Aku hengatkan memang betul-betul berbunuhan depa ni rupa-rupanya premonition si Alice.  *ketuk dahi!*

6.  Agak emo sedikit pada pengakhiran cerita bila Bella mengimbas kembali detik pertemuan antara dia dan Edward.  Auuuwwwwww... ♥ ♥

Bolehlaaa movie ni, so-so gitu.  Aku sekarang tengah mengintai Hobbit next summer's movie.
Hek eleh.. James Bond pun aku lom tengok lagi tau.
Ada hati nak tengok Hobbit.

OK, panjang pulak entri kali ni. Macam takde benda nak dibuat kat ofis haha.



xoxo,
~ Forever-ly team Jacob ~

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan