Maaf. Hamba Sakit. Jarang Update. Semput.

By Mizz Coki - Disember 01, 2012


Musim tak menentu sekarang.  Pagi panas teramat sangat.  Petang terus berdentum guruh di langit pastu hujan selebat yang boleh.  Lama-lama badan tak tahan terus kena flu.  Badan yang kurang antibodi macam badan aku paling senang kena musibah kalau cuaca buat perangai.  
Mula mula flu, pastu batuk.  Bila dah batuk habislah. Asma pun mengambil tempat.  Memang semput gila masa berjalan, beberapa langkah  je terus berhenti.  Masa naik tangga ofis paling hazab.  Kena stop dulu kat muka pintu baru masuk punch card. Pastu baru bejalan perlahan lahan menuju ofis.  Time ni memang tak masuk akal.  Pagi pagi sejuk dalam ekon, aku boleh berpeluh macam lepas main basketball.  Lencun.  Macam kena simbah peluh sebaldi.

Bekalan ke Kantor

Nak tergelak pun ada tengok gambar kat atas ni..  Jom kita berkenalan!

Pil batuk jenama Hurix. 
Vicks nostril inhaler
Minyak Angin aromatherapy Safe Care
Salbutemol inhaler.

.............................

Yang sedikit lega,
xoxo, Mizz Coki



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan