Gila Groupon La Pulak!

By Mizz Coki - Disember 26, 2012

Sekarang ni ada penyakit baru lagi.  Lepas Zalora dan Lazada, sekarang terkenan kat Groupon.  Hari-hari bukak email dengan satu harapan - ada barangan yang dalam bajet, haha!  

Hari ini pulak, Christmas Day barang-barang best giler aarrr..


Ada kamera Olympus.  Ini tamak haloba namanya, walhal baru je dapat Sony NEX ada  hati nak menjeling camera lain.
Pfftttss!


Jam D&G yang rugged tapi harga cuma di bawah RM300.
Sawan sekejap.


Periuk serbaguna boleh stim, rebus etc.  RM88 saja.


Bedsheet set untuk double bed.  Di bawah seratus ringgit.
Oh.  Sawan lagi.


Bantal Ostrich?
Macam menarik hati.  Sedikit teruja di situ.
Hubby kata buat apa buang duit beli benda ni?  Cari ler benda lain yang lebih berfaedah.

Tapi tetap degil nak beli jugak.

Last2 hubby suruh cari dalam Youtube cemana rupa benda ni bila dipakai.
Lepas tu tanya kat diri sendiri, berani ke tidak?

 

Last-last; kata kat diri sendiri,
Power Nap itu bagus, meningkatkan produktiviti.  Tapi tak sanggup dilihat dalam keadaan begini nak nak lagi bila bekerja kat institusi kesihatan mental.  Kang boss siap-siap isi borang suruh masuk wad akut!

OK, tobat.  Tak nak.  So pencarian barangan dalam Groupon diteruskan lagi sampai ke pagii.... wheee!



xoxo,
Habislah bonus bulan ini, haha.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan