12.12.12 | Dua Belas Disember Dua Ribu Dua Belas

By Mizz Coki - Disember 12, 2012

Duabelas Disember Dua Ribu Dua Belas.
Amboi.  Nombor kenmain. Mesti ramai yang kawen-kawen harini.
Tahun depan apa trend pulak?

11.12.13?

Lantaklah.
Biar tarikh unik tapi jodoh tak sampai 2-3 bulan.  Itu yang payahnye.

Cakap pasal jodoh kan.. ehem ehem.  Tak terasa dah menghampiri tahun baru.  Februari depan tak terasa pulak usia perkahwinan kami masuk 13 tahun.  *Tarik nafas lega...*

Tadi singgah jap kat blog Peej.Burhan.  Pasal tarikh hari inilah apelagi.  So Peej tanya apa yang korang buat pada 12.12.12 jam 12:12 pm?

Well, ini jawapan aku.

Pada 12.12.12 jam 12:12 pm aku sedang menikmati Mushroom Soup dan Garlic Bread murah je, RM3.50 (kawan kat tempat kerja yang jual).  Sesambil tu menonton drama Dibah Lori kat YouTube lakonan Neelofa, Intan Ladyana dan Qi Razali.  Actually lapar giler time tu.  Since boss takde, aku bedal je lah apa yang ada.  Rezeki...... hahaha!

So, korang buat pe pulak?


xoxo,
Mizz Coki suka Mushroom Soup!




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan