Update Sekelip Mata!

By Mizz Coki - November 11, 2012

Dah pukul dua pagi dah.  Aku dan Gabby masih melangut depan laptop dan pc.  Penat laweeey.. Minggu ni rasa macam takde mood nak turun kerja, letihla sangat.  Baru balik dari dinner birthday dak temok tu tunggulah dua tiga  hari nanti baru aku upload gambar dan entri.

OK, ada berita baru lagi. Orang sekarang dah start berdagang perfume original.  Kalau berminat sila KLIK SINI untuk keterangan lanjut.  Jangan risau.  Harga dijamin lebih murah dari kat kaunter perfume dan kat airport.

Salvatore Ferragamo Incanto Bloom 100ml = RM199 dan juga David Beckham Signature Story 75ml = RM173

Ini koleksi peribadi.  Kalau berminat dengan perfume lain silakan, boleh je tanya.  Personally suka David Beckham punya collection.  Hubby sekarang pun dah berpaling tadah ke Beckham Intimately Yours, so now ala2 berpasangan pulak la perfume kiterang.  Memang bau sedap gila.  Oh ya, untuk Krismas nanti aku dah siap-siap nak promo pulak gift set.  Lagi jimat.  Ada yang dapat losyen, pouch Satin dan macam-macam lagi.  

Jangan bimbang ini bukan AAA punya gred, walaupun aku pun ada jugakler menjual gred AAA ni.  Korang tau sendiri kan cemana cara nak pastikan perfume tu ori ke tidak.  Goncang je botol.  Perfume yang tidak ori lebih kepada water based jadi bila korang goncang buih dia sekelip mata hilang.  Yang original ni kau goncang pastu buih-buih akan kelihatan dalam 10 saat atau lebih.  Haaa, bila sembur sikit je bertahan sampai berjam-jam.  Yang AAA tu, korang spray kat baju baru lah lekat itupun tak sampai lunch time kena sembur balik.  Tapi itu adalah pilihan bagi yang tiada bajet.  Kita sebagai peniaga kena bagi pilihan untuk customers.  Biar derang sendiri tentukan bajet.

OK.  Nak chow dulu.  Dah pukul tiga pagi ni.  Esok pukul 9 pagi kena pergi ke Open Day kat tempat kerja.  Bye!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan