Redha tapi Hampeh

By Mizz Coki - November 22, 2012


Hari Selasa lepas, daku MC.  Biasalah, asal batuk je pagi-pagi memang kena lelah.  Yep.  Aku ada asma. Kebetulan setiap Selasa kena sit for Mesyuarat Pagi jadi kena ada sorang kerani yang sit in untuk aku.  OK, kira settle lah untuk hari tu.  Esok turun kerja aku akan buat minit mesyuarat Validasi dan mesyuarat Pengurusan.  Ye, bulan ni ada 6 mesyuarat yang aku kena ambik minit.  Korang tak tension dengar ni kan?

Sampai je kat ofis, bukak PC.  Amik nafas kejap.

Tetiba pintu diketuk.  "Puan, ni minit saya amik semalam.  Puan taip ye, saya tak reti nak buat ayat bla bla bla".  Pandangan ku kabur seketika.  2 minit mesyuarat belum siap.  Tambah pulak yang ni.  Belum termasuk lagi dengan minit mesyuarat Majlis Bersama Jabatan minggu lepas.

.
.
.
.
.


Terngiang-ngiang di cuping telingaku lafaz.... Batu belah.... batu bertangkup..... 



  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan