Hitz.fm Kuching Birthday Invasion 2012 ~ Part 2

By Mizz Coki - November 13, 2012



Bersambung lagi cerita ni dah basi wey dah seminggu lebih tapi kehangatan masih terasa.  OK, pasal dapat Free Standing Pass tu kan, Gabby kata It's OK Mama, as long as I can go to the autograph signing, it would be the best enough for me.  Well, demi anak, ku turutkan jua.  Maka dengan penuh harapan, balik kerja terus tiga beranak dari ofis ke The Spring.  Sampai kat situ dalam pukul 5:45 petang.  


Kesian.  Rata-rata yang datang sebaya je umur derang, hahahaa... Greyson kan baru berusia 15 tahun.  Kelihatan Gabby duduk bersila dengan kawan-kawan satu sekolah.  Ada info bagitau bebudak ni dah berada duduk melangut kat situ since pukul 3 petang, hebat!  Walhal session started at 8pm.


Haaa.. ni foto tak boleh blah.  Tadi ye ye dok kat belakang now dia dah kat depan sekali dah.  Bersedia  untuk merempuh katanya.  Satu kelebihan kalau kamu berbadan ikan paus.


Bila sudah berada di depan, suara kamu haruslah paling kuat dan kamu mestilah menjadi kanak-kanak paling aktif!  Gabby berpeluang dijemput ke pentas dan dia siap nyanyi lagu Greyson! Hold On to the Night kut apetah....


Tudiaaaahhh.. bakal menantu akak. hahahaha.. perasan!  Kalau korang mengikuti perkembangan Greyson, cuma kat Kuching je dia takde buat betul-betul meet the fans sambil bergambar bersama beramas mesra.  Aku dah tengok video yang kat Indonesia, Filipina, Thailand even KL!!! Memang jealous gila lah Gabby dia tanya kenapa Greyson tak mesra macam kat tempat lain???  Well, my answer is easy and simple.  Greyson kalau korang ada kat situ memang boleh tengok riak wajah dia 'takut' sebab peminat dia kat Kuching sangat gila ok?? Gila, ganas, menakutkan!!  

Orang pertama  yang naik pentas untuk mendapatkan autograf Greyson adalah Gabby.  Yayyy!! As what I said before this, memang fans Kuching ganas.  Boleh nampak dari tempat kami berdiri kat tingkat 1, bodyguard dua orang siap control Gabby, aku dah seriau bila tengok separuh badan dia atas meja nak peluk Greyson!! Hamaigaddddddd!!!!!!!!

Yang best gila gedik nya, dia sempat bagitau, 
"I HELD HIS HANDS MAMA, HIS HAND IS SO SOFT AND COLD.  HE EVEN LOOKED INTO MY EYES WHEN I SPOKE TO HIM, AAAAARRRGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHH!!" 

*menjerit macam orang gila dalam kereta*

OK.  Memang gila anak ku nan sorang ni.


Hasil tangkapan malam tu.  Terima kasih kepada Hitz Kuching.  Gabby dapat 4 pass percuma Rock Zone.  My friend pulak si Ysella called me up kata dia ada Privilege Pass dalam 2 keping khas untuk Gabby.  Murah rezeki anak ku itu.  Daripada takde langsung terus dapat VIP pass untuk konsert keesokan harinya.


Hmmm... lepas budak Leroy ni nyanyi, kamu akan dapat mendengar nyanyian sumbang anakku.  Sumbangsih sungguh!  Sumbang pun sumbanglah nakkk... janji dapat free passes.  

Sorry to Kiyoshi, kalau korang tengok bebetul DJ Kiyoshi nak mintak balik mikrofon tapi Gabby tak kasi can langsung!!

Hahahahhahahahaha.. THAT'S MY GIRL.

Nota kaki:  Gabby bergumbira giler pada hari konsert berlangsung.  Kiterang just dropped her dengan bestie nya.  Rockzone passes yang lain tu dia kasi kat member2 sekelas yang lain.  Murah hati sungguh.  Oh  yes, let me see.. aku rasa malam tu cuma DJ Ean ye yang tak sempat kena peluk dan cium budak ni.  Kiyoshi, JJ, Natalie, Jinny, Arnold memang kena peluk habislah.  Hahahha.. my girl is a real hugger and very loving.  

THANKS TO YOU GREYSON.  YOU MADE HER BIRTHDAY WISH CAME TRUE.  SHE SAID YOU ARE HER BEST BIRTHDAY GIFT EVER. Iboh jerak aaarrr..... Hhahahahaa...

The End

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan