Hitz.fm Kuching Birthday Invasion 2012 ~ Part 1

By Mizz Coki - November 08, 2012


Happy 2nd Birthday to Hitz.FM Kuching!
Masih setahun jagung kata orang tapi sambutan harijadi Hitz.FM tahun ini sangat gempak dan gila babeng.  Impak maksima terasa di mana mana aje dan kat radio pun promo memang gempak abis.  Aku pun terkena tempias sekali sebab anak dara ku itu yang sangat menggilai Greyson Chance.  

Pas Percuma
Ni cerita Gabby dan papanya.  Kalau nak dapatkan pass percuma, tu pun Free Standing, korang kena kejar Hitz.FM cruisers.  Cuma dengar siaran Hitz.FM kemudian kejar mereka, kebetulan la pulak on the way nak pick up aku balik kerja.  Derang pergi kejar kat The Bing, Green Heights.  Kat situ, Gabby sorang budak kecik kena bertarung dengan orang dewasa yang lain lawan sapa paling pantas hantar SMS.  Dapatleww nombor empat ke apa budak tu.  Then beberapa hari sebelum party dia dan papa pergi collect kat Hitz.FM Kuching.

Kesian budak tu.  Kazen2 dia semua dapat Rockzone Pass pintu belakang dapur mari. Kebetulan Sarawak Bloggers nak bagi 2 pass Rockzone percuma kepada sapa yang dapat hantar Tweet terpantas trivia tentang Greyson Chance.  Since anak dah gila Greyson aku pun terikut ikut jugak.  Korang tanya je tarikh lahir, tempat lahir, makanan kesukaan, sampai nama anjing peliharaan dia pun aku tau jugak muakakakak.. over tak?  Memang nasib tak menyebelahi aku sebab ada bebudak lain yang lebih pantas hantar Tweet!  Cisss.. bedebah betul.  Hangin satu badan tau.

Gabby ok je, janji dia dapat pergi autograph signing session pada 1 November di The Spring.  Aku lak yang terover sedih tengok dia.  

..... cerita bersambung ke bahagian dua!  Nantikan!




  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan