Dinner Harijadi Gabby ke 12 @ Rock Road Seafood, Kuching

By Mizz Coki - November 20, 2012


11 November 2012 telah dipilih untuk meraikan harijadi anak dara tunggal mama dan saja pilih Sabtu so that semua sanak-saudara dapat sama-sama hadir memeriahkan majlis.  Dah genap 12 tahun so kena buat besar sikit.  Tak ler grand mana sebenarnya, hehehe.. Kali ni buat kat Rock Road Seafood Restaurant sebab tempat situ ok, the food is superb dan yang penting halal.  Keluarga kita kan satu Malaysia!


Tahun ni Gabby mintak kek Red Velvet bermotifkan Hello Kitty.  Yang ni aku tempah dari bestie aku si Winnie.  Sugar cookies pulak dari kawan aku sorang lagi si Amy.  Cookies ni kiranya macam doorgift untuk semua tetamu.  Sedap!

Rata-rata  yang hadir adalah my nenek sedara, uncles, aunties, cousins, jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat kami.  Makanan memang banyaklah.  Ada dalam sembilan course gitu.  Haha.  Ramai yang tapau bawak balik.  Tapi memang puas hatilah makan kat sini.


Terima kasih kepada semua yang hadir dah macam family gathering pulak dah.  Seronok bila sekali-sekala dapat berkumpul dan bergelak ketawa.  Thanks jugak  untuk  yang susah-susah datang bagi hadiah dan cash money.  Gabby apalagi seronok gila.  Oh ya, hadiah dari mama dan papa tahun ni adalah....

Sony Ericsson Xperia P
Untung jadi anak mama dan papa.  Hp nak Android, nak touch screen.  Inilah payahnya anak sorang je, dialah racun dan penawar sekaligus.  Memang spoil brat habis.  Huhu.  Gabby, mama dan papa doakan yang terbaik, pokoknya semuaaaa yang terbaik dalam dunia ni untuk kamu.  Kami sayang Gabby forever!


  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan