Berapa Kalori dalam Seketul Burger?

By Mizz Coki - November 02, 2012

Burger daging yang sungguh menyelerakan!
Jika ditanya tentang Burger Ramli di Malaysia, pasti semua orang akan tahu dan terbayangkan keenakan serta kelazatan daging burgernya yang disaluti telur yang dihimpit diantara dua bun roti dan di curahi dengan pelbagai sos serta mayonis yang pastinya membuatkan rakyat Malaysia kagum dengan teksturnya.  Akan tetapi, berapa ramai yang sedar akan kandungan kalori yang terkandung di dalamnya. Mari kita menambah ilmu pengetahuan kita pula dengan kalori yang terdapat didalam Burger Ramli ini. 


Berapa Kalori Burger Ramli?
Nutrients
Per 100g
Calories (kcal)
280
Carbohydrates (g)
57.1
Protein (g)
11.2
Fats (g)
1.1 

Berdasarkan fakta nutrisi yang ada, satu hidangan Burger Ramli mengandungi 280 kalori. Dan itu tidak termasuk minyak yang digunakan untuk memasak burger, mayonis dan sos lain. Di bawah ini pula menunjukkan kalori bagi setiap keping daging ayam burger. 

Kandungan nutrisi Burger Ayam Ramli
Nutrisi
Setiap 100g
Setiap hidangan
Calories (kcal)
280
196
Carbohydrates (g)
4.0
2.8
Protein (g)
17.1
12.0
Fats (g)
21.3
14.9

Kandungan nutrisi Burger Daging Ramli
Nutrisi
Setiap 100g
Setiap hidangan
Calories (kcal)
270
135 
Carbohydrates (g)
6.0
3.0
Protein (g)
16.1
8.1
Fats (g)
20.1
10.1

Kandungan nutrisi burger ramli mempunyai pelbagai nutrisi pemakanan. Walaupun begitu, burger ini juga mempunyai keburukan dimana:-
KEBURUKAN:1. Mempunyai sodium yang tinggi
    Risiko mendapat tekanan darah tinggi

2. Mengandungai kandungan aditif berlebihan - Monosodium Glutamat (MSG)
    Menyebabkan asma, merosakkan sistem saraf, dan penyebab diabetis II

3. Kekurangan serat pemakanan dan penting mikro-nutrien
    Masalah sembelit dan kekurangan mineral

4. Kandungan kalori yang padat
    Masalah kegemukan dan risiko penyakit jantung

Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan.

TETAPI:
Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Artikel dipetik dari : SINI

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan