Zalora - Hari Ini Purchase, Besok Dah Sampai Rumah!

By Mizz Coki - Oktober 05, 2012

Salah satu kerja paling gila yang pernah aku buat bila dah bosan melayari internet adalah ~ Online Shopping. Sangat ketagih OK?  Sifat curious yang terlampau telah menyebabkan aku membeli sepasang kasut dari Zalora [dot] com.

Despite khabar angin yang mengatakan Zalora ini sama saja pe'el nya dengan Home24, Lazada etc etc, yang dikatakan menipu pelanggan, aku jenis degil jugak nak try.  Tapi dalam degil tu ada penakutnya jugak.  So aku scroll dan skodeng cari kasut paling murah katanya.  Saja saja kan?  Kalo kena spedo skalipun tak lah terasa sangat hilang duaplohsmilan hengget tu.


Dah jumpa dah.  Kasut flat beriben warna hitam, harga RM29 sahaja. Free Shipping.  Within 3 days akan sampai katanya.  Baiklah.  Maybank2U jalankan tugas anda.  Tak sampai lima minit dah siap.  So then I had to wait.
Ampuni daku.  Size kaki gajah haruslah 41.  Oh yes, muat.

The very next day kan, hubby called up and told me that my shoes have arrived. WHAT??? WHAT???  Macam tak percaya pulak.  I just ordered after lunch and then tetiba pagi besok dah sampai kat rumah.  Korang mesti terasa bermimpi bila baca ni kan?

Tadi tengok Zalora ternampakler gambar baju kurung ni.  Amboi cantik dan unik.  Rekaan Jovian (sebutan : Yofian) Mandagie.  Sangat elegant tapi ampun noks, tak sesuai untuk mereka yang rendang dan bonsai dan super extra large size macam aku.

Awesomely gorgeous!

So, kalau nak try jugak shopping, pergilah ke Zalora punya website. Selamat bershopping!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan