Popcorn Panas-Panas Pastu Kena Pow!

By Mizz Coki - Oktober 09, 2012

Adoimak. Bila tengok balik gambar popcorn ni aku dah kembang ailio.  Bayangkan popcorn ni masih panas, dengan lemak masin butternya, manis karamel nya, rangupnya adoiii.... :p  Haaaaaaa.. mesti korang tertanya kat mana beli popcorn sedap ni.

Satu paket berharga RM2.00

Hmm.. sebelum tu aku nak korang buang stigma jauh jauh.  Stigma apa?  Yaaaa... popcorn ni adalah air tangan pesakit mental kat hospital tempat aku bekerja.  Geli? Aku tak geli pon sebab derang makan ubat.  Lagi bahaya orang gila kat luar yang belum tentu dapat preskripsi dari doktor.  Sedap weh, bukan aku saja puji puji free tapi memang sedap.  Serius sedap.  Tengok berapa kali aku sebut sedap korang tak percaya kalau belum merasa.  Nak nak kalau baru lepas kena 'popped'.  Adoi.  Masih suam suam pastu terasa lemak masin dan manisnya.  Aku menaip ni pun jadi ngidam kurang asam punya gambar.

Before aku kerja sini, macam macam momokan dari ofis lama yang ejek dan kacau aku.  Silap aribulan kalau stress aku yang masok wad kata mereka.  Pedulikla.  Yang pasti dari rumah sampai ofis cuma amik masa 15 minit sebab sekarang dah ikut 'jalan tikus'.  Balik pun camtu jugak, kadang kadang pukul 5:30 petang aku dah tercongok kat rumah.  Bila dah masuk dua tahun kerja sini baru faham akan tingkah laku derang.  Biasalah stigma masyarakat terhadap depa ni.  Aku ok je.  

........ yang tak bestnya kan, bukan main lagi salah seorang patient rehab ni dok pujuk aku, "madam, buy lah this popcorn, baru bikin tadi... nyaman (sedap) woooo.."  Aku pun tertarik hati terus amik satu tetiba patient tu kata, "madam, saya amik ini satu haaa .. chia (belanja) saya aarrr".  Hamik kau.  Alerrrrr.. dua hengget... bukan mahal pon.  Cepat-cepat aku bayar sebab kalau patient lain nampak, habis aku kena hurung semua pegi angkat popcorn sorang satu.  Kalau 30 paket? Mau meraung pastu giliran aku pulak yang masuk wad hahahahahaha!!

Cemana la boleh termakan pujuk rayu pesakit mental ni?



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan