Petrosains Kuala Lumpur

By Mizz Coki - Oktober 02, 2012

Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas. Petrosains menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung melalui ketakjuban sains dan teknologi. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia dalam industri minyak. 
Info dicilok dari Wikipedia.


Senang pergi sini.  Korang naik escalator sampai tingkat 4.  Pastu jalan terus, lurus sampai jumpa kedai yang  agak pelik sikit.  Pelik sebab ada hiasan molekul atom kat luar, haaaa itulah Petrosains.








Memang seronok kat sini.  Tapi rasa 'terperangkap' pulak sebab terlalu penat berjalan sampai lenguh-lenguh kaki.  Mati-mati tak boleh blah dari tempat tu melainkan kena melalui semua section dan pergi balik korang akan dihantar menggunakan kapsul.  Aku dah seriau waktu tu takut tak muat duduk dalam kapsul tu.  Haha, nasib baik tiga beranak gajah ni muat.

So, kalau berminat nak mengetahui apa itu Petrosains, KLCC (jangan ingat nak shopping saja!) silalah layari website mereka.  Percayalah, anak-anak korang akan jatuh cinta kat tempat ni.  Bermain sambil belajar gitu. Aquaria pun ada kat sebelah tapi kiterang dah pergi 2 kali so takpelah. 

Trip kali ni memang puas hati tapi sayangnya satu je permintaan anak aku tak sempat ditunaikan - nak pergi  Pustaka Peringatan P.Ramlee.  Kannnn? Dia siap boleh bagi facts pasal P. Ramlee.  Kalo ikut pop quiz boleh menang budak ni.  Pelik-pelik je minat dia.  Budak-budak lain seusia dia asik2 Justin Bieber tak pun Cody Simpson tak pun Greyson Chance.  

OK, tamat sudah cerita KL.  

p/s:  Semua rakyat jelata kat ofis ingat aku pergi Legoland. Haha! 



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan