Ngengada Punya Slang Mat Salleh

By Mizz Coki - Oktober 27, 2012

Sebelum mula bercakap, korang tengok dulu petikan video di bawah.  Mesti korang kenal sapa awek jelita ni kan?  Alerrr... yang berlakon sinetron Upik dan Abu tu sapa lagi kalau bukan Cinta Laura Kiehl.

 

Terpanggil untuk buat entri khas pasal dia ni sebab aku suka gelak dengar slang dia kalau dia bukak mulut.  Dia ni kan cantik, pintar, berani, yakin pendek kata macam dia perfect sangat.  Dia lahir dan dibesarkan kat oversea cuma bila masuk umur belasan tahun dia balik ke Indonesia so wajarlah slang dia memang pekat Mat Sallehnya.  Bagi sesetengah orang memang mengada-ngadalah bunyinya.

Kalau korang bukak video ni korang akan nampak macam-macam komen yang majoriti nya negatif gila pergi seranah budak Laura ni.  Aku pun tergelak sama.  Yelah, orang bukan benci diri dia, cuma slang dia tu buat orang macam bengang giler.

Bayangkan kalau Maya Karin, Sofea Jane, Diana Danielle, Juliana Evans tetiba kena intebiu pastu jawab ala-ala budak Laura ni.  Aku rasa memang masuk Oh!Bulan, Murai, Melodi etc etc jawabnya.

So readers, what say you?


  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan