Bites @ Batik Boutique Hotel [Sarawak Bloggers Food Tasting Session]

By Mizz Coki - Oktober 28, 2012

Pada 24 Oktober yang lepas, bertempat di Bites, Hotel Butik Batik telah diadakan sesi 'food tasting' untuk para Sarawak Bloggers.  Aku sampai awal giler daaaa, kecoh dapur derang masa tu sebab panik tengok pasangan gajah dah tersengih macam kerang busuk masuk hendak menyantap.  Aku salah tengok arahan, sepatutnya sampai dalam 7:30 pm tapi aku sampai dalam pukul 7 pm tepat gitu. Haha.  

Sudut lepak menanti di pintu masuk Bites.  Klasik kan kerusi koneng itu?

Nota kecil di atas meja.  Aku tak minum so korang yang suka minum ada promosi di 'bar' mereka.  Klik gambar ye kalau nak lihat dengan lebih jelas.


Penghilang dahaga.  Aku pilih 'Blackcurrant Lemon Soda'.  My hub pulak amik 'Lemon Plum Tea'.  Sangat fresh!


Inilah burger saya!  Sila jangan melopong, lap-lap sikit air liur tu ye? Buroks rupa anda.



Burger pilihanku adalah Lamb Gourmet Burger served with  Hand-Cut Potato Wedges.  Daging lamb ni sememangnya sangat sedap gila sampai aku menutup mata bila menggigit 'patty' dia buat kali pertama. +__+  Daging nya marvelous!  Rempah perapan yang dicampur tu membuatkan rasa lamb itu super luar biasa.  Yang merah tu haaaa.. 'beet' namanya.  Ubi merah ni bukan carrot yang dijeruk ye.  Rasa dia agak 'savoury' takde rasa pun sebenarnya akan tetapi kombinasi beet dan lamb ni memang kena!  Jangan lupa daun salad dan keju feta yang chunky sebagai penambah rasa.

Potato wedges dia mengingatkan aku pada bekal masa sekolah rendah.  Mak dulu akan rebus dulu ubi kentang  yang sudah dipotong baji (wedges).  Bila dah empuk , baru diperap dengan perasa dan digoreng.  Memang sedap.  So these wedges I tell you, very similar to what Mak always cooked for me in the past.  Very nostalgic and scrumptious.  



Encik Suami memilih Chicken Gourmet Burger served with  Hand-Cut Potato Wedges.  Sedap dia toksah cita lah, kalau lamb dah buat aku menutup mata, burger ayam ni buat laki aku speechless kejap dek keenakan rasanya.  Tebal kan daging dia?  I like!



Bacon and Corn Chowder.  Oh yes, 'chowda' ni memang favorite aku.  Banyak tempat buat chowder main tuang aje susu sejat Ideal sebab tu rasa dia ada 'kureng' kut?  This one I tell you, memang betul-betul menggunakan krim.  Terasa kemanisan jagung semulajadi dalam semangkuk chowder.  4 hero utama dalam chowder ini iaitu ubi kentang, jagung manis, Celery dan bacon.  Aku rasa Turkey Bacon yang derang guna ni.  Sangat sedap.  Oh, pembantu utama jangan lupa, roti bawang putih yang dipanggang ringan, just nice.


Oriental Pumpkin Soup.  Ini memang sup labu yang terbaik.  Orang yang tak suka makan labu pasti jatuh cinta bila makan sup yang pekat ini.  Sedap dan berkhasiat.  Imbangan rasa savoury dan manis semulajadi labu membuatkan kami rasa nak semangkuk lagi.

Secara keseluruhannya boleh disimpulkan di sini bahawa tempat ini memang recommended untuk korang yang suka menikmati western food dengan harga berpatutan tetapi pada kualiti lima bintang.  Suasana yang nyaman dan selesa serta dekorasi dalaman yang menarik menjadikan suasana santai jika datang bersama keluarga.  Nota tambahan:  Hotel Butik Batik ini merupakan pemenang tahun 2010 bagi anugerah Malaysian Institute of Architects Award for Colour on Building (Interior).  So 4 bintang untuk BITES dari kami.

p/s: Tunggu dulu!  Kalau nak merasa makan kat sini dengan potongan harga yang rendah gila, KLIK SINI untuk mendapatkan harga GROUPON.  Tarikh tutup ialah 30 Oktober 2012 so klik cepat kalau tak rugi tau! [HALAL guaranteed]


*****************************
Informasi lanjut sila hubungi:
BITES by the Batik
No. 38, Jalan Padungan , 
 93100 Kuching, 
Sarawak
+6082 – 4 B A T I K (+6082 – 422845)

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan