Antara James Bond dan Greyson Chance!

By Mizz Coki - Oktober 25, 2012

Sorang tua dan charming.
Sorang lagi comel dan rasa nak gigit.
Dua-dua memukau jantung.

Ini dilema yang dah berhari-hari mengacau otak ni.  Gabby pulak tengah angau sebab pada awal November nanti Greyson Chance budak kecik yang main piano yang comel alerrrr yang nyanyi "... I'm waaaaiiiiitiiing. .... waiiiitiiiiing...outside the line" tu aarrr.. budak tecik ni nak mai Kuching, yayy!! 

(OK, now Mak or anak yang excited?)

Sesi autograph signing katanya dibuat pada 1 November bertempat di The Spring pukul 8 malam dan jam 4 petang keesokan harinya pula berlangsungnya sambutan Birthday Invasion iaitu ulang tahun ke dua keberadaan Hitz.FM di bumi Kenyalang ini.  Masalahnya, pada masa yang sama pada 1 November tu aku dan hubby kena pergi ke premier charity (Lions Club Kuching) tayangan filem JAMES BOND - Skyfall.  Pulak dah!!  Lokasi pun sama di MBO, The Spring jam 7:30 malam.  Takkan nak biarkan anak aku sesorang masa sesi autograf tu? Kang kena tolak ke, kena pijak ke so parents kena ada untuk jadi body guard memantau.


Baby Greyson.  Comels.


Bang Bond pun smart, hensem, macho, hero Tamil...

Last-last ku korbankan juga.  James Bond nanti-nanti boleh tengok semula, but Greyson? Oh tidak.  Demi anak dara nan sorang saja itu.  Buah hati pengarang jantung Mama maka ku turutkan kehendak dan keinginannya untuk 2 hari berturut-turut.  Soalnya cemana aku nak mintak permission keluar awal dari ofis hari tu.  Kena isi borang ni, demi anak tersayang.  

So tiket 2 keping tu nampaknya akan jadi milik colleague aku dan awek dia.  Takpe, kami sekeluarga ikhlas bagi derma untuk Lions Club Kuching.  :D *Happy*

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan