Maggi Kari Ala Frustasi

By Mizz Coki - September 08, 2012


Whoaaahhh frustasi lah sangat kan?  Ni megi kari, favorit tau.  Tapi aku ni jenis tak suka kasi kuah bebanyak.  Tak cedap.  Kalau tetiba kuar gambar megi mesti ada citer di sebaliknya.  Citer ni kena tapi sket kang ada yang cop aku racist.  Errr.. racist ke? Hehehe.. takpe, jom dengar citer.

Jumaat lepas, masa 31 Ogos tu, aku nak gi mamam Nasi Ayam.  Lama tak makan Nasik Ayam.  Tekak ni dah meroyan ditambah dengan perut yang bergendang2.  Sampai kat satu kedai kat Pending, hubby pegi order since orang tak ramai jadi tak lama lah menunggu.  Sesambil tu order teh ais dulu kasi mukadimah kat perut, hari pun panas, tekak lak haus.  

Tunggu punya tunggu air dah habis bhai.  Aisehmen... Nampak waitress hantar kat meja belakang, tak kisahlah janji lepas ni turn aku.  Lepas tu waitress datang lagi bawak dua pinggan bagi kat orang lain.  Lepas tu dua tiga kali lah ulang alik bawak dulang aku pun dah hilang sabar.  Hubby bingkas bangkit terus pegi kat tauke tu bilang, "TAK PAYAHLAH TAUKE, SAYA DAH NAK BALIK NI, PERUT DAH KENYANG MINOM AIR".  Tak cukup dengan laki, si bini ni pulak siap kata, "ORANG ENGKAU KASI DULU, MENTANG2 AKU NI BANGSA LAIN!"  Pedulik hapa orang pandang-pandang aku.  Kan sound system aku ni siap dengan Woofer sekali.  Tapi memang marah gila time tu.  Macam ciboi je layan orang.

Hubby ajak makan kat tempat lain.  Malas dah.  Perut aku dah merajuk.  Poyo.  So balik rumah terus.  Sesampai je kat rumah perut berkeriok lagi.  Ni yang buat aku naik hangin lagi.  Godek2 kabinet terjumpa megi kari. Hahahhaa.. apelagi.  Bedal la kan, rezeki depan mata takkan nak tolak.

Anyway, cerita sudah. Sekarang nak kongsi resepi aku.  Ini style aku buat megi kari.  Korang jangan tiru kalau iman senipis kulit bawang. Haha.

  • Mula2 sediakan mangkuk ayun, tuang cili sos Life buat ala ala lapisan bawah lah.  Ketepikan.
  • Pastu buat telur scramble dan letak atas cili sos dalam mangkuk tadi.
  • Kemudian, rebus megi kari tadi aku tak suka kuah banyak.  Diulangi.  Aku tak suka kuah banyak. Agak2 acap air lah kiranya.
  • Bila dah masak curahkan atas lapisan telur scramble dan cili sos tadi.  Gaul lebih kurang dan pelahap.

Habis melantak  hilang semua kemarahan.
Kena pergi kursus Anger Management ni...
Huhu.

xoxo.












  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan