Lepak Balun Dessert kat Hielo

By Mizz Coki - September 18, 2012


Hari ini cuti der.  Cuaca yang panas mendesak aku dan Gabby untuk memotong rambut.  Rambut Gabby sepatutnya bob paras bahu tapi ada panjang sikit.  Rambut aku pulak sepatutnya layer pendek jadi terlalu kemetot jadinya. Nak tunjuk pun rasa malu yaaamat. Haha.  Tapi comel lah, nampak macam bebudak hahahahaa.. *perasan


Oleh kerana terlambat keluar dari rumah, waktu pun dah 11 pagi camtu kiterang terus pergi brunch.  Makan nasik!  So lunch tak payah makan lagi dah, jimat duit breakfast.  Lepas gunting rambut kiterang pegi carik dessert.  Wah macam mat salleh la berdizet dizet.  Gatal.  Nak makan eskrem takut macam manis sangat and calories some more so we substitute to fro-yo Yo!  FroYo tu frozen yogurt, bukan poyo ye.  


Oh sungguh kasihan kami dok Kuching takde Tutti Frutti, takpe.  Tiada rotan akar pun berguna.  Takde TutFrut ada HIELO kankankan?  Hielo ni terletak kat luar bangunan One Jaya.  Satu lagi outlet dia kat The Spring tapi yang kat One Jaya inilah outlet pertama derang kat sini.  Dah bukak lama dah, tapi baru hari ni dapat merasa fro-yo kat sini.

Biasa-biasa je yogurt ni.  Korang beli je yogurt kat supermarket tu pergi frozen kejap, pastu taruk topping ikut selera memasing.  Aku amik set medium je. Topping pilihan adalah butter cake, grated chocolate dan almond flakes.  Memang sedap.  Gabby amik strawberry flavor, topping dia marshmallow, peach dan grated chocolate.  Satu cup medium ni dalam RM12++ gitu.

..... sedap ke?
Bolehlah..........
Better than korang makan eskrem so tak rasa bersalah sangat hahahahaa....

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan