KL Trip (Again...)

By Mizz Coki - September 30, 2012

Seperti yang dijanjikan ataupun 'rasuah' untuk budak demok yang telah menduduki UPSR itu, maka kami tiga beranak pun pergilah menyeberangi Laut Cina Selatan.  Tak puas pergi Disember haritu anak mama ni so since dia nak dok UPSR inilah salah satu cara untuk mengambil hati supaya dia lebih bersemangat untuk belajar.  

Kali ni kita orang dah janji nak bawak Gabby pergi Petrosains kan last year tak menyempat.  Pastu ada tujuan lain jugak nak borong barangan untuk dibawa balik dan didagangkan di Kuching.  Wah, macam pedagang zaman dulu-dulu je bunyinya kan?  Haha.


Kami sampai mengikut jadual.  Tak macam trip tahun lepas.  Tetiba delayed merasalah sampai kat KL pukul 10 malam.  Sampai kat LCCT terus beli tiket bas so tiga orang dapat RM27 naik Sky Bus.  Kalau naik teksi mau berpeluh nak keluarkan bajet sampai RM90.


Bukan rakyat Sarawak lah namanya kalau kau tak dok Hotel Noble.  Senang carik teksi, carik makan, carik barang pokoknya serba serbi senang.  


Kesian. Budak ni terbongkang keletihan sebaik saja kami sampai.  Mak nya sibuk unpacking dia dah tak larat nak bangun.  Kami amik triple sharing.  RM565 je termasuk sarapan untuk 4 hari 3 malam.  Murah tak?  Katil pun sorang satu so selesa sikit.



Kami cuma sempat sekali je makan kat Station Kopitiam, Semua House walaupun kat sebelah hotel je.  Untuk dinner aku amik Beef Kung Pao Rice.  Tapi serius tak sedap lah.  Sebab tak terasa pedasnya.  Nama pun masakan Szechuan.  Haruslah ada ciri-ciri pedas gitu.


Aku suka cinnamon bun ni.  Sorrylah aku tak sempat gi Cinnabon.  Cinnamon bun ni takde lak kat Starbucks Kuching sebab so far aku lum jumpa lagi.  Walnut dia sedap.  Rangup gitu. 


Gambar curi ni.  Tiba-tiba aku teringat kat ayah. Masa aku kecik-kecik dulu memang dia selalu sebut tempat-tempat sekitar jalan TAR ni.  Yang aku tak nampak lagi ialah 'Globe Silk Store'.  Orang KL mesti tau ni.  Sekarang jadik Sarah Hughes pulak.  Tetiba tukar jantina hahahahah.  Dad, I miss you.


Kami tercongok depan SOGO sebelum bukak.  Siap kena hidang dengan teh FREE lagi.  Benda FREE sedap woo.  Hahaha.  Angkat tshirt XL budak demok ni amik 6-7 helai cukuplah.  Rambang mata sebab brand BUM Equipment punya t-shirt dijual pada harga....... RM15 sehelai!! Penat bershopping kita orang singgah minum kat tingkat atas.  Budak demok haruslah membeli magazine dulu baru pergi minum.


Foto special ni.  Aku nak gelak sebab foto ni macam amik kat India kaedahnya.  Madras mareeeee!  Terus ingat kat filem Siruthai... yang lagu dia 'raja raja' tu. Haha.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan