Gabby dok UPSR Sekarang Ni

By Mizz Coki - September 12, 2012



..... Masa tengah buat entri ni dok susah hati mengenangkan anak.  Masa hari pertama nak turun exam aku peluk dia kuat-kuat sambil bagi kata semangat. Macam nak turun perang la pulak haha.   Mak nya seriau, dia punya muka macam bulan penuh, macam nak turun dating, macam pengantin baru, berseri-seri muka anak aku nan sorang itu.  

Petangnya beriya-iya suruh aku balik cepat-cepat untuk semak kertas soalan dia.  Budak ni tak sabar betullah.  OK, fine.  Sampai kat rumah, aku pun terkebil-kebil dan biol melihat soalan BM Pemahaman yang bagi aku amat tough untuk budak Darjah 6.  Kiterang dulu mana ada soalan ala-ala macam UPSR sekarang yang macam tahap PMR dah.

Aku amik pen merah dan tick satu persatu.  Jujur aku katakan ada few questions kat situ yang aku agak2 je.  Aku letaklah pangkah 'salah' dan kira total, tak berapa bagus.  Gabby bila dia tengok markah dia jauh dari yang dia dapat dalam kelas, dia terus meraung-raung menangis!  "Uwaaaa.. malu, saya malu nanti Mama.. orang ketawa dengan markah saya. uwaaaaaaaaaaaaa.."  Memang lucu time ni.  Rugi tak amik gambar dia senang menangis.

lebih kurang beginilah rupa dia menangis.  burok betul.

Papa dialah suka ugut dia.  Kalau dapat result teruk suruh pergi carik kerja cuci pinggan.  Berhenti sekolah terus.  Haha.  Brutal kan?  Kalau buat persiapan dan kalau betul-betul ikut ajaran cikgu takde makna nak gabra bagai.  So far kita tak hantar dia pergi tuition yang bayar punya.  Setiap Selasa ada kelas tambahan kat sekolah, hari Sabtu pulak ada tuisyen free kat rumah pak sedara aku. Tak cukup dengan itu, buat latihan bertubi-tubi dengan buku aktiviti yang kiterang beli tiap minggu.  Oh ya, tak lupa terima kasih untuk Gudang Soalan yang banyak bagi soalan-soalan dari negeri-negeri lain.  

Sebenarnya Papa dan Mama tak marah macam apa pon.  
Mama pergi check kertas tu belum tentu Mama betul semua pon.
Chillax la girl.
Kita gertak-gertak je.
Haha.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan