Edisi Seram : Malam 31 Ogos

By Mizz Coki - September 06, 2012

Ola!
Lama siot tak apdet.  Sori.  Bizi giler minggu lepas.  Gila pun tak sebusy ini. Hahawau.  Ada cerita ni weh. Best lah bagi korang yang suka menda alah seram ni.  Aku suka tau. Haha.  Malam 31 Ogos lepas kiterang buat BBQ sikit, tak grand mana pun kat rumah my aunty.

Semua tahu bulan ni bulan apa kan?  17 Ogos sampai 15 September ni adalah bulan hantu ikut kepercayaan orang Cina.  31 Ogos yang lepas adalah malam pesta hantu derang.  Pada masa ni pintu neraka dibukak dan roh roh akan kembali ke rumah termasuk roh yang nak membalas dendam.  Kalau boleh sepanjang bulan ni janganla rajin sangat keluar bergadang.  Takut kemalangan ke apa kan?  Ni member Cina yang cakap.  Kalau berambut panjang tu silalah ikat rambut kalau keluar malam dan jangan pakai baju warna hitam sebab dikhuatiri akan mengelirukan hantu2 yang berkeliaran.  Nanti dia ingat kita ni member dia tak ke  haru dibuatnya.


Jadi nak dijadikan cerita kita semua ingat tiga ploh satu Ogos tu, adalah malam tutup Pintu Neraka.  Iyeeelah tu, nampak sangat bengapnya.  Kat Google pun ada bagitau tarikh bila ke bila.  Kiterang macam apa tah buat bunyik bising dengan gelak ketawa lagi dengan asap berkepul kepul lak tu. Aktiviti pulak mula dekat time Maghrib, memang sangap betul kiterang hari tu.

Tengah syok2 bakar daging burger, aku perasan kazen aku yang sorang ni asik nak menoleh ke belakang, as if ada orang kat belakang dia kan.  Bila dah dua tiga kali buat macam tu dia terus pusing!  Dia ingatkan anak dia yang usik dia macam orang sedang berbisik panggil dia tau.  Pastu dia kata bulu roma dia meremang. Ah sudah, jangan nak buat lawak la time Maghrib macam ni tak lucu tau.  Hubby pulak buat lawak, katanya jenjangan benda tu tengah melintasi kawasan kiterang sebab tengok asap BBQ yang bekepul2 macam orang tengah buat offerings.  Adoi. Gila apa.



Sambil memanggang kiterang pun makan dan minum dan gelak gila.  Pukul sembilan malam, kazen aku dan hubby  mula bersin macam orang nak flu.  Makin lama kazen aku makin teruk sampai mata berair dan badan dia dah sejuk dah. Bila tak tahan dia pakai jaket sebab dah terasa sejuk sangat.  Malam tu hubby macam kena demam selesema dan mata dia kabur.  Aku dan kazen aku pulak asik WhatsApps sebab nak tau perkembangan masing-masing. 

Derang kabur mata sampai 2 hari OK.  Ada member yang berbangsa Cina suruh derang ni mandi air garam untuk 'cleansing' katanya.  Tapi memang serik lah, lenkali kena hati-hati bila nak buat program pada malam hari terutamanya pada musim perayaan bulan hantu ni.  Serik doh!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan