Topik Sakit Lagi ~ Kali Ni Asma

By Mizz Coki - Ogos 02, 2012

Geram bebenau aku dengan batuk ni.  Sebab apa...sebab tiap kali batuk tiap kali itulah aku semput.  Aku ada lelah tapi taklah teruk sangat.  Masa batuk je dia mai.  Sakit betul dada aku tau.  Nak keluarkan kahak tu aku kena muntah baru lega.  Kahak tu tak  payah cakaplah dia berbusa-busa buih gitu.

Salah aku jugaklah semalam aku terlupa bawak inhaler Ventolin pegi ofis.  Masa naik tangga pegi ofis tu aku rasa semacam je lelah nye.  Macam perut kita kembong, pastu takleh tarik nafas dalam-dalam.  Masa punch card tu pulak ada lah staf yang nak berborak-borak tapi aku tak larat dah tarik nafas.



Boss pun tegur semalam bila dia dengar aku batuk dan termuntah-muntah kahak.  "Your asthma came?"  Uish.  Dah aku nak kiok camtu pun boleh tanya.  Haha.  

Jadi pagi ni aku tak turun, aku SMS boss yang aku kena jugak pergi ke klinik sebab korang tau aku tak dapat tidor baring dan terpaksa meniarap baru dapat tidur.  Adoi mana tahan macam ni.  OK. Cukup setakat ni saja update hari ini.  Banyak kerja-kerja kraf terbengkalai.  Sabo jelah labu....


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan