TAHNIAH! ~ PANDELELA RINONG MENANG PINGAT GANGSA ACARA 10 METER PLATFORM WANITA – SUKAN OLIMPIK LONDON 2012

By Mizz Coki - Ogos 10, 2012


Yes! Steady onak Dayak!!

Tahniah kepada Pandelela Rinong yang menggalas misi negara untuk sukan Olimpik 2012 London.  Selepas kejayaan Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak, adik Lela kita pula mendapat pingat gangsa.  Bukan senang nak sampai ke tahap ini.  Walaupun gangsa, kau kira sendiri yang kau adalah di antara 3 penerjun terbaik DUNIA.  Pandelela baru berusia 19 tahun (sama dengan adik bongsu aku) bermakna masih jauh lagi perjalanan beliau dan masih boleh beraksi di 2 musim Olimpik lagi kankankan?  Masa tu beliau sudah mencecah 27 tahun. Masuk another more Olympic Games umur beliau dah 31 tahun mungkin masa tu dah jadi jurulatih profesional.  Wahhh ... jauh pulak imaginasi aku merewang.

Anyway, sangat-sangat happy OK.  Takpe, 4 tahun lagi Pandelela akan membawa pulang sebutir pingat emas buat negara.

All the best girl! 



Gambar Atas – Pandelela Rinong (kanan) memperagakan pingat gangsa yang dimenangi pada final 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London bersama pemenang emas, Chen Ruolin (tengah) dari China dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia.  Petikan Berita DI SINI

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan