Tahniah Datuk Lee Chong Wei!

By Mizz Coki - Ogos 06, 2012

Sebak dada bila tengok wajah kecewa beliau.  Hello??? Bangga OK? Sangat-sangat bangga tau.  Takde maknanya nak kutuk-kutuk beliau sebab bak balik pingat perak.  Jujur aku cakap kat sini aku suka suratkhabar Kosmo walaupun sesen tak  pernah keluar duit nak beli sebab ada online punya.  Tapi berita pagi ni buat aku sakit hati sesangat.

Macamlah dia nak sangat menghadap 4 juta hengget tu.  Beban dan harapan jutaan rakyat Malaysia yang beliau pikul sepanjang perjalanan menjejaki pingat emas ada orang kisah?  

Sebak...

Apa-apapun Datuk, kiterang pun tak hadap sangat Baskin Robin yang memang outlet takde kat Sarawak dan Sabah ni haaaa... yang penting, Datuk sudah melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh hati.  Memang sudah rezeki Lin Dan dan Datuk adalah seorang pemain yang hebat.  Lihatlah macam mana kejar mengejar points yang berlaku semasa final match.  Semua orang kat rumah sangat excited sampai minit terakhir tu dah tak duduk atas sofa lagi, sudah berdiri!  Tapi itulah, kita hanya mampu merancang kan?

Anyway, gebang tu gebang jugak.  Agak-agaknya dalam masa 4 tahun yang akan datang, kita ada pelapis Datuk LCW takkk?

+___+

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan