Penyakit di Facebook ~ Infinity Downline

By Mizz Coki - Ogos 06, 2012

Selalu nampak kan gambar-gambar dok kipas tayang duit dalam FB?  Macam tergamam kejap, biar betul member kita ni dok tayang betapa tebalnya not RM50 tu ........ Duit ni sangat berkuasa sampai kita yang celik boleh rabun dibuatnya.


Macam ni lah gambarnya lebih kurang.


Humangaih.  Tebal nye!

















Ini yang tak boleh blah.  Terpampang lagi Facebook kat depan tu.  Gila kannn??   Serius.  Aku pernah join scam yang macam ni masa kat ofis lama dulu. RM500 duit aku terbang tak tau mana pergi.  tunggu punya tunggu sampai ke tahun 2012 ni takde pulangannya.

Kalau kira logiklah.  Jika benar kita dapat pulangan dalam RM100 sehari x 30 hari = RM3 ribu sebulan.  Sapa tak nak kann???  Kalau macam tu aku rasa bebudak yang dok Uni pun akan berhenti belajar, yelah bersusah payah nak buat pinjaman biasiswa, kena maintain CGPA lagi, belum lagi dijanjikan dengan pengangguran.  Bebudak sekolah menengah pun macam tu, kumpul duit sikit-sikit tiap bulan nak dapatkan RM100 untuk pendaftaran keahlian.  Alangkah seronoknya ibu dan ayah kerana tak payah susah-susah carik duit jajan anak pergi sekolah, silap aribulan bapak boleh pinjam duit kat anak untuk beli petrol.  Pejabat pun akan lengang sebab semua takde mood nak kerja.  Yelah, gaji satu bulan tak sampai RM3k yang kerja jadi kerani. Tolak sana sini tinggal RM7-8 ratus je dalam wallet.  Baik dok depan laptop dan cari downline, betul tak???

Kesenangan takkan jatuh bedebub menimpa kalau kau tak berusaha.  Banyak cara lain yang lebih halal dan mudah untuk mendapatkan pendapatan sampingan.  Yang penting, untuk mendapatkan sesuatu kau kena korbankan sesuatu.  Macam aku balik kerja aku jarang sekali makan malam selepas pukul 8pm.  Pukul 6 petang aku dah siap-siap makan dan berada di depan PC untuk melayan karenah customers.  Penat tu toksah cakaplah, aku dah terbiasa.

Agaknya sebab itulah aku sakit teruk dua minggu ni.

Overhauled sebab dah Overworked.

Fuish.










  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan