Kenangan Raya Masa Kecik-Kecik

By Mizz Coki - Ogos 14, 2012

Hidup dalam masyarakat majmuk, multi racial, berbilang kaum macam kat Malaysia sememangnya best.  Nak-nak bila kau duduk Sarawak.  Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Krismas, Gawai semua bersama-sama merayakannya.  Of course-lah kita orang tak terkecuali.  

Duit Raya
Masa kecik-kecik dulu kan, mesti suka target rumah orang yang loaded-loaded. MUAHAHA! Sebab gerenti tuan rumah bagi duit raya paling koman pun duit 50sen yang besar gedabak takpun duit seringgit sekeping warna biru.  Satu rumah 50 sen, kalau 20 rumah?  Gila nak merayau sampai 20 buah rumah.   Paling banyak pun 10 buah sajork.  Bila balik rumah lepas beraya penuh siot dompet pastu tunjuk-tunjuk kat Mak.  Mak suruh simpan duit dalam tabung takpun jadi wang jajan pergi sekolah.  

Kenderaan
Apa kelas naik kereta dulu-dulu. Hahaha.Kenderaan rasmi kiterang adalah naik bas.  Sampai je kat Kampung Muara Tuang, eksplorasi pun dimulakan.  Mesti mula kat rumah Maizatulakman dulu.  Hahaha. Hawau giler. Dari situ habis 90% rumah kat kampung itu kita orang masuk.  Bayangkan dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang!  Kenangan terindah sungguh!  Penat tu kira lebur la bila dok mengira duit raya yang banyak (rasa macam ribu-ribu, walhal berapa hengget je).  Bebudak ler katakan.

Makanan
Yes.  Yang ni tak boleh lawanlah.  Macam-macam hidangan atas meja dan kalau orang Sarawak of courselah KEK LAPIS! Tapi style orang Sarawak hidang kek tak sama macam orang Semenanjung.  Please recall back to the 80's ye orang-orang Sarawak.  Kita hidang kek, dalam dulang, potong sikit je lepas tu makan dengan garpu cocktail yang kecik tu! Kek tu memang dalam cake tray tu sekali dihidang besar gedabak camtu!  

Bercakap pasal makan kan... hmmm.. bila penat pusing-pusing keliling kampung, kita orang singgah rumah cikgu sekolah rendah kita.  Dia ni orang Semenanjung.  Kat atas meja dia hidang ketupat, daging masak hitam, kari ayam dan macam-macam lagi. Tapi dia tak pelawa kiterang makan!! Hampeh punya cikgu.  Udahler perut sebu asik biskut, kek, air gas.  Dia pulak dalam sibuk layan tetamu boleh pergi seterika uniform laki dia (laki dia kerja askar) so kita macam terbiar je duduk kat luar.  Apa lagi, bila lapar punya pasal takde malu-malunya... amik piring amik daging dan NGAP!! Hahahaha... sedap wak lu.

Satu lagi kan, bila dah masuk sekolah menengah, bila tengok citer kat TV baru perasan.  Kalau kat Semenanjung tu majoriti hidang air kordial masa Hari Raya.  Kalau kat Sarawak, malu tau hidang air kordial.  Pelik tapi benar.  Tak kira di ceruk kampung mana sekalipun mesti ada air bikarbonat (air gas) atau sebutan orang Sarawak, "aek menet".  'menet' tu macam Lemonade la gitu.  Kelas kau lemonade!  Dulu-dulu mana ada jual dalam botol 1.5 liter macam sekarang.   Mendiang bapak dulu beli berpeti-peti Coke kalau musim Gawai/Krismas. Paling cikai pun 12 peti gitu.  Penat tolong beliau mengangkut dulu.

Sekarang kan, Raya dah jauh berubah.  Ini pandangan aku memfokuskan pada suasana di Sarawak.  Trend sekarang ni, asal bulan puasa je, berduyun-duyun orang Sarawak pergi shopping kat KL.  Aku pun tak terkecuali tahun lepas, ikut member-member ofis pergi KL.  Hebat orang Sarawak.  Hahaha... Kiterang pergi kat Jalan TAR dah macam kat India Street sini, jalan memana je mesti terdengar dialek Sarawak.  Kat Facebook tu lagilah, ada-ada je status dan lokasi kat KL.  IKEA pun satu, cubalah bukak satu cawangan kat Kuching, kan senang?  Bagi yang kurang bajet, biasanya akan pergi ke pekan Serikin tak caya tengoklah dalam minggu ni.  Memang penuh Serikin dengan manusia-manusia bershopping.

OK, tahun ni macam biasa kita orang beraya kat rumah my aunty sebab dia masak best-best!  *hancurlah diet* haha.  Tengoklah kalau takde aral melintang kemungkinan kiterang akan pergi ke pekan Lundu atau Sematan.  Lama dah tak pergi sana.

Ciao!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan