Jalani Hidup Seadanya

By Mizz Coki - Ogos 08, 2012

Tadi kan, adik jantan ku datang sewel.  Diletaknya foto ni kat FB aku berdekah-dekah dalam batuk.  Kenape? Lawak sangat ke? Yeeee!!  Terkena batang idong sendiri, ko tak terasa?


Kannnnn?  Sapa stuju sila LIKE. Button Like carik sendiri, hew hew hew.  Sebenarnya aku ada benda nak cakap sebetulnya tapi melencong dulu ke gambar atas. Apeda, lari topik.  Rasa serba salah nak buka cita tapi dah terlanjur masuk blog ni so aku citalah ye.

Arakian tersebutlah hikayat salah seorang manusia dalam friendlist FB aku ni kan, hmmmmm... (masih rasa serba salah) sangat diketahui keadaan cara hidupnya. Drama tu tak payah cita lah dengan linangan air mata syahdu bila dah takde duit.  Hati nyamuk cam aku ni mudah bebeno tetipu dengan keadaan orang.  Cepat sangat simpati.

Tapi sejak akhir-akhir ni kepercayaan aku dah mula pudar.  Kenapa dan bagaimana boleh pudar?  Well, aku ngakulah aku ni makan mana-mana mesti amik gambar Instagram dan check in FourSquare kan? Yelah, dah guna Android dan ada data plan lagi so gunakanlah kemudahan yang sedia ada ye dak?  Member ni, bukan main lagi dalam FB dok canang sana sini makan tempat best-best, aku tak dengki lah pasal makan makan ni.  Dah rezeki masing-masing. Melantak bukan guna duit aku pun.

Bila mengenangkan muka seposen dia mengadap aku tu yang buat aku tak boleh blah.  Nak-nak musim iftar sekarang aku tengok dah macam riak ape berlumba-lumba tunjuk tempat bukak posa.  Ish ish ish....  OK.  Cukup sampai kat sini cerita aku.

Cite best arini.  Aku gi lunch kat Sugar Bun, One TJ.  Tempat ni strategik sungguh.  Dahlah kira jauh la dari pusat bandar so apa-apa aktiviti orang tak kecoh.  Kenapa sangat best arini?  OK, gini.  Dalam banyak banyak banyak meja kat Sugar Bun, 2-3 buah meja di sebalik penghadang/border adalah tempat bersembunyinya orang-orang tidak puasa.  K.tengs.bai.


  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan