bbq

Hari Raya Kami Di Sematan!

By Mizz Coki - Ogos 22, 2012

Hari Raya Pertama kiterang satu famili bergerak ke Holiday Chalet Villa kat Sematan.  Lama dah tak pergi sini.  Semua asyik sibuk memanjang jadi kesempatan yang ada ni ambik jelah kan?  Kesian dak Gabby asyik-asyik tanya bila nak pergi piknik lagi.


Konon je tu pegang tupperware dalam dia ada ayam dah siap diperap untuk BBQ.  "Mama, cepat amik gambar, nanti letak kat FB!"  Whoahhh. very much like the mother la sangat kan?.


Ini mencari penyakit namanya.  Orang dah berkeriuk kelaparan kita tanya ayam dah masak dia boleh buat aksi nak menyuap.  Hahaha.  Nasib baik ayam tak kena terkam.  Oh yes, sila abaikan botol dan ubat nyamuk tu.  Banyak sangat lalatnya hari tu.  Apa tidaknya tetiba MIL pergi bakar ikan masin kat situ.  Apedaaaa....


Ni muka konfiden, test makanan dulu sama ada sedap atau tidak.  Dari riak muka tu, OKlah.. boleh dimakan haha.  Kiterang tak bermalam kat situ sebab penuh gila.  Bayaran masuk siang saja, dalam RM10 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.  Tak payah nak bakar diri macam lemang mandi pantai.  Ada kolam renang hanya beberapa langkah je dari pondok BBQ kiterang.

Dah plan nak pegi tempat lain pulak dah Krismas tahun ni tapi tengoklah, sebab cuti tahunan aku tinggal secoet je lagi.  *adoi*  Hehehe.. 






  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan