ELAK GOSIP, SITI SALEHA BUANG LEBIH 1,000 RAKAN FACEBOOK

By Mizz Coki - Ogos 17, 2012

Nak tergelak pun ada jugak baca tajuk berita ni :  ELAK GOSIP, SITI SALEHA BUANG LEBIH 1,000 RAKAN FACEBOOK

Kejap.
Tarik nafas dalam-dalam.

Cuba kamu semua fikir, tindakan mana yang lebih bijak?

a.  buang lebih 1000 rakan Facebook kemudian menyiarkan kehebatan kamu membuang mereka dalam akhbar tempatan atau;

b.  tutup akaun Facebook, dan bukak akaun Facebook official yang baru.  Sapa-sapa yang mintak ADD boleh tapis terus, tak payah buang masa melangut depan laptop nak pilih seribu orang yang malang itu.

Aku pilih untuk berdiam kerana merasakan terlalu bodoh untuk mempertikaikan kebodohan tuan punya Facebook.

Damn!



'via Blog this'


  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan