Edisi Seram ~ Rumah Baru Mesti Kena Bless Dulu

By Mizz Coki - Ogos 13, 2012

Kisah ni aku lama dah nak kongsikan.  Abaikanlah kalau pernah terkeluar di blog ini dulu.  Ini pasal 'blessing' rumah baru.  Sebagaimana yang kita sedia maklum, asalkan kita ni beragama, kena buat kenduri dan doa selamat untuk kediaman baru.  Bukan dengan tujuan nak riak dan menunjuk-nunjuk ye.  Ingat tu, niat harus ikhlas ye.

Sekadar foto hiasan

Keluarga kiterang dipindahkan ke perumahan baru sebagai pampasan sebab lot rumah lama dah dibeli untuk dibangunkan dengan rumah kedai.  Pakcik dan makcik kiterang pun ikut pindah sama.  Pendek kata, semua orang dapat rumah baru.  Berbalik to my Mom kan, derang pindah ke rumah baru tu, my dad cuma sempat 3 malam kat situ dan meninggal pada hari Ahad.  Adalah mulut yang sesedap rasa mengatakan, yang my late dad jadi 'korban', gila apa? Ingat bapak gua tu kambeng?  Sebenarnya memang nak buat doa selamat tapi tunggu adik aku yang no. 2 tu balik dari konvokesyen.  Masa tu macam banyak sangat benda nak settle kan. Mana rumah masih tunggang-langgang, stor pun tak terkemas lagi dengan longgokan barang-barang dari rumah lama.

Jadi tertangguhlah niat kami nak buat kenduri doa selamat sampai lah semua terlupa.  Pakcik dan makcik aku yang dok kat lorong belakang pun lupa jugak tau.  Haip?  Macam buat perjanjian pulak la korang ek?  Sampai lah beberapa insiden berlaku barulah derang tergerak hati nak buat kenduri.  Insiden apa ye? OK, jom kita lihat;

1.  Sepupu kiterang dok sesorang kat rumah.  Parents dia kan, pergi shopping, kakak dan abang dia pun takde kat rumah time tu.  Kira-kira macam waktu Maghrib la dia nak pi toilet nak lepaskan hajat.  Bila abis je projek dia nak bukak pintu tapi ada orang tarik dari luar dan tutup balik.  Dia cuba bukak lagi pun benda yang sama berlaku.  Dia cuba berulang-ulang kali sampai peringkat menangis dah.  Lepas tu barulah pintu dapat dibukak, memang langsung takde orang kat rumah time tu.  Sepupu aku terus lari turun bawah dan tunggu sampai parents dia balik.

2.  Yang ni kisah si abang nye pulak.  Biasalah, bila dah boring dok kat ruang tamu, rasa nak merokok tu dia pergilah ke luar rumah.  Sambil merokok sambil menikmati udara malam yang sejuk dan segar, takde angin, memang sangat sunyi la malam tu.  Masa derang pindah kat rumah tu kan, tak ramai yang dah menghuni semua rumah kat situ.  Hanya ada mak, pakcik, ehmmmm dalam 3-4 famili je yang duduk kat situ. Rumah kat lorong pakcik aku tu semua kosong.  Tiba-tiba kan, gate rumah depan ehem ehem..... buka tutup dengan sendiri.  Diulangi, buka tutup dengan sendiri, malam tu takde angin, pastu ada sound effect lagi.  Bunyi kena goncang!  Main kasar nampak? Sepupu aku terus masuk rumah lepas tu tak berani keluar lagi.

3.  Ni pulak Mak yang cerita.  Adik bongsu kiterang masa tunggu results SPM tu suka keluar begadang.  Orang bujang ler katakan.  Tapi dia memang ada bawak kunci rumah sebab tak nak susahkan Mak bangun tengah malam buta nak bukak kan pintu untuk dia.  Jadi malam tu Mak dan anak sedara aku tak tido kat bilik. Panas katanya.  Derang lepak la depan TV kat ruang tamu.  Macam biasa lampu kat car porch memang tak tutup pada waktu malam.  Sedang Mak sedap-sedap lena diulit mimpi indah, kedengaran pintu diketuk berkali-kali.  "Yela, yelaaa.. kejap... "  Mak ingatkan adik aku terlupa bawak kunci ke apa.  Masa tu Mak ceritalah kan, dah tengah malam pun.  The best part.  Mak bukak je pintu takde manusia pun kat luar, gate pun masih berkunci. Kalaulah adik aku nak buat lawak spastik dia masakan dapat melompat macam kijang nak panjat gate bagai kan????  Seram gila masa tu Mak terus cepat-cepat tutup dan kunci pintu.  Adik aku balik pun only after 3:00 a.m.  Sapa yang gila ketuk bertalu-talu camtu?

4.  Citer satu ni pulak kat rumah kazen kiterang yang tak jauh jugak dari situ.  Masa derang BBQ ramai-ramai kan (adik aku pun ikut jugak), masa tu semua orang dapat dengar bunyi hilaian ketawa 'kakak cantik' kat belakang rumah.  Apa lagi derang semua cabut lari hahaahah padan muka sapa suruh bising-bising tengah malam kan? hahaha...

5.  Adalah beberapa kali derang kat rumah merasakan ada kehadiran 'orang lain' kat rumah.  Tak berani lah nak buat speku Mak kata nanti kita macam buat fitnah so baik diam aje.  Tunggu tarikh yang sesuai, bila semua adik-beradik free baru kita buat.

... Akhirnya majlis doa selamat telah dilaksanakan dengan lancar, very smooth and well-organized.  Sejak hari itu takde lagi gangguan pelik-pelik kat kawasan tu.  Betul, memang takde lagi.  Adik aku dah masuk UiTM sekarang, takde la berjimba-jimba hingga ke pagi.  Hati aku dan Mak pun dah lega dah sekarang. :D

Diharap korang tak muak dengar citer ni.

xoxo.

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan