Pap Smear : Antara Nyeri, Ngilu, Geli dan Mesti!

By Mizz Coki - Julai 05, 2012

Halo.
Lama dah tak apdet blog kan?
Kan?
Kan?
Semenjak dua menjak ni macam ni lah rupa dan gayanya.
Bila idea kreatif datang, masa pula takde.
Bila dah free, idea pulak entah ke mana.
Bila dah free dan idea kreatif datang muncullah idea nak buat entri pasal PAP SMEAR.
Tetiba..hahaha....

Apa menatang PAP SMEAR ni?


Pap smear adalah sejenis ujian untuk mengesan ada atau tidak ketumbuhan kanser pangkal rahim.Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut.Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis.Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik.Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim.Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).
Klik Sini untuk Maklumat lanjut tentang Pap Smear.


So bagi wanita yang dah berkahwin memang diwajibkan  untuk menjalani pemeriksaan ini.
Wanita tulen ok?  Wanita jadi-jadian tak boleh!! hahaha...
Personally, aku dah buat ujian ni dalam 3 kali sejak berkahwin.
Tahun ni belum lagi woooo..
Kalau rahim sihat, boleh buat sekali dalam masa tiga tahun.
Buat tiap-tiap tahun pun takpe.
Rasa dia?
Nyeri, ngilu, senak pun ada.
Tapi perasaan malu (kalau kena doktor lelaki) akan cover perasaan takut, geli meli jeli semua tu!

Bila kerja dengan medical dept ni memang advantage sangat kalau kenal dengan doktor.
Itu kebaikannya.
Tapi bila part nak periksa celah kangkang ni itulah keburukannya sebab takkan kamu nak doktor yang hari-hari jumpa kamu, duduk sama-sama minum kopi tetiba the next day pergi periksa kangkang kamu.
Aku buat pemeriksaan terakhir tahun 2008 kat Klinik Dr. Cyril Songan kat Batu 7 (Kota Sentosa) tu.
Siap dengan adehsss dehsss dehssss.... sekali aksi di sebalik tabir tu.
Heran doktor tu sebab aku macam pertama kali pergi check Pap Smear.
Doktor tu siap tanya, dah berapa lama kahwin?
Anak berapa orang?
Nurse, tolong tukar speculum (alat yang macam muncung itik) ni amik yang panjang dan kecik sikit tu!
*baru selesa*

Waaaaah!
Ketat ke doktor??
Hahhaaaahaha.....sabo jelah.




  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan