Edisi Seram ~ Orang-Orang Tua Kata, Bebudak Kecik Boleh Nampak 'Benda' Tu

By Mizz Coki - Julai 19, 2012

Sumpah.
Sekarang ni punyalah ngelat nak bangun pergi kerja.
Gila hapa?
Agaknya aku PMS kut sekarang ni.
Semua benda kiri kanan buat aku fedup.
Semut bersin pun aku nak hentak!

Well, sebelum aku menjadi bertambah gila, dah lama aku tak update Edisi Seram aku kannn??
Ni kita nak cita pasal bebudak yang boleh nampak 'benda'.
Pepaham korang kan?

Sumber foto dan cerita :  SINI

Kisah 1:
Ni kisah aku dapat masa lepak-lepak ngan cousin aku last week.
Benda ni berlaku pada anak buah aku masa dia baby2 lagi dalam setahun lebih kut?
Malam tu macam biasa anak buah aku ni duduk main sorang-sorang dalam 'playpen' dia.
Tapi cousin aku ni perasan yang budak ni dok gelak-gelak sambil pandang tepat ke dinding.
Seolah-olah ada orang sedang bermain bersama-sama.
Cousin aku dah cuak dah sebab memang takde orang kat rumah melainkan mereka berdua sahaja.
Bila dia pergi kat 'playpen' anak dia, dia tanya, "Sayang main dengan sapa tu?"
Secara otomatis anak buah aku ni berhenti gelak tapi mata masih tepat memandang ke dinding dan muka dia berubah tak happy macam tadi.
Lepas tu dia cepat-cepat amik anak dia terus bawak keluar dari  bilik tidur, bawak gi ruang tamu.
Tapi memang seram meremang bulu tengkuk masa tu.


Kisah 2:
Kisah kedua pulak berlaku baru last week.
Anak bestie aku masuk play school tak sampai 3 hari doh.
Bayangkan budak tu elok-elok je happy pergi sekolah.
Dah seronok-seronok belajar dan dapat kawan baru tapi keesokan harinya dia takut nak turun tangga!!
YA. TERLAMPAU TAKUT sampai dia menangis separa histeria dan termuntah-muntah.
Nak kata takut turun naik tangga, tak mungkin sebab rumah derang pun dua tingkat.
Hari pertama ke sekolah elok-elok je balik tu turun tangga.
Ni macam dia ternampak sesuatu kat tangga tu.
Hari ni pulak, dengar kabar anak dia tak pergi sekolah lagi.
Takpelah, alang-alang tahun depan baru dia hantar pergi Tadika.

Korang pulak cemana?
Masa kekecik dulu pernah experience mende2 camni tak?


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan